keluargaku

keluargaku

Tuesday, May 26, 2009

Hari Keluarga

ni depa tengah lawan makan epal, bukan main lagi wan dengan ayah dia...

ni tengah dinner , sedap, ada BBQ seafood....

Ein tengah lawan makan biskut

Wan tiup tepung.....

Wan dengan ayah dia lawan kutip kacang hijau guna mancis

aku tiup belon...tak pecah pun sebab penakut...

gambar isteri-isteri masa dinner

masa naik tren nak pi Bukit Malawati

sikit punya ngeri jumpa dengan geng ni, suka kejar makanan

posing kat meriam di Bkt Malawati ( mesti ada jin tu....)


23 - 24 Mei, Jabatan Fizik Fakulti Sains & Teknology UPSI mengadakan hari keluarga di De Palma Kuala Selangor. Jabatan Fizik di UPSI ni tak ramai sangat ahlinya, tak seperti masa kami di UTM dulu. Anyway...kami memang seronok semasa di sini di samping dapat mengeratkan lagi tali siratul rahim antara keluarga ahli jab. fizik UPSI ni.
Di sini kami di bawa berjalan-jalan ke Bukit Malawati( naik tren), jumpa sepupu kat sana...hehehe, tengok meriam, rumah api, dan ada Batu Hampar....aku tak berani naik kat Batu Hampar tu, ada member terbau wangi.....
Malamnya ada dinner dan BBQ sekali, ada karaoke jugak.....ramailah geng-geng tua ni menyanyi lagu lama-lama....Ingat nak pi tengok fire fly (naik sampan menyusur sungai....tapi tak kesampaian sebab semua dah malas bila perut dah kenyang).
Esoknya kami ada outdoor games, geli hati pulak tengok orang tua-tua jadi macam budak-budak.....tapi semua happy dan dapat lepas tension setelah kerja teruk-teruk kat UPSI...
Tengahari tu, kami di bawa makan cara kampung ke pendalaman Tg Karang...'wong jawo' tuan rumahnya...hehehe makan bersila lagi.... Lepas tu kami bersuarai, dan aku terus hantar Wan balik ke UIA Gombak....

5 comments:

Kembara Kelana said...

hari keluarga aku di air papan mersing tempat syed bakar kelas 5m1

fati said...

Bila ? Masa aku kat UTM dulu, pernah jugak buat hari keluarda Jab. fizik kat air papan tu...seronok mandi laut kat situ..

Citra Alam said...

He he he he...... Kena sukaneka jugak kome ya ! Turn saya dah lepas masa Hari Guru lalu . Kita kena join aktiviti begitu walaupun dalam usia begini sebab kena "sporting "

Member Hj Md Sirat said...

Aku terbayang kalau kau tiup belon, angin masuk balik keperut..hehe...macam belon semula kau Fati..
Selamat mengerjakan Umrah utk kau dan abg Rosli.

fati said...

Terima kasih Bar...