keluargaku

keluargaku

Thursday, May 7, 2009

Birthday Abe...


8 Mei. Hari jadi pakwe ni. Dah 54 tahun umurnya.....muda lagi katanya...hehehe. Anyway ini ucapan harijadi dari Ti:
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunkanlah segala dosanya
Kau kurniakanlah dia dengan kesabaran yang tidak terbatas dalam menghadapi kerenah kami
Kau limpahkanlah rezeki yang halal buatnya
Kau berikan dia kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi sebarang cabaran
Kau peliharalah dia dari segala kejahatan manusia dan syaitan
Kau bahagiakanlah dia di dunia dan di akhirat....
Amin!

7 comments:

Kembara Kelana said...

amin...kalau ada jiwa lain yang ingin menyentuh hatinya...kau berikanlah dia kematangan berfikir..
[gurau jer...]
tahniah abang rosli
selamat hari jadi..semoga sehat dan panjang umur...jumpa lagi nanti
salam

fati said...

Haah...betul lah, aku tertinggal yg tu...hehehe

Kembara Kelana said...

biasalah fatie..aku bahgian tokok tambah...jida tak dengo berita sehari dua ni ti

Member Hj Md Sirat said...

Selamat Hari jadi yang ke 45 Bang Rosli!! Fati salah tulis tu! Apa la dia tu..
Selamat berumrah dan semuga sihat sejahtera selalu.

hafizah said...

Pati, saya pun nak ucap SELAMAT HARI LAHIR kat Abg Rosli. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu.

Ai, dekat2 tu hari jadi. Boleh celebrate sekali. Satu cake aje, boleh share. Romanticnye, jimat pun.

fati said...

Ha, ni pun pati baru balik dari KL, celebrate birthday cik abang tulah, along celebrate dua-dua kami sekali, along belanja makan malam...hehehe

Azida said...

Salam. Awatnya hari tu tak cakap birthday Ana n Abg Rosly... Emm...anyway, happy birthday abang Rosly semoga bahagia sepanjang hayat.

Usop... aku ada nie.. cuma busy gile... tak caya tanya Fati.. takleh bernafas dah ni.