keluargaku

keluargaku

Sunday, May 3, 2009

Cuti Hujung Minggu

keluarga Azida sedang makan gado-gado

Azida dan suaminya

aku dan Zida

1 May, cuti hari pekerja, Azida datang ke rumah selepas ke Unisel ambik anak perempuannya yg belajar di sana ( selepas jenuh mengurut hubbynya.....hehehe). Aku ajak dia lunch kat rumah.
Lepas tu hubby aku bawak hubby Azida dan anak lelaki kami pi solat Jumaat kat Masjid Proton City. Sebelum dia orang balik, aku jamu gado-gado pulak...

2 Mei, kami ke KL, semua anak ada di rumah kecuali yg tengah buat 'houseman' tu...on call memanjang! Tapi hari sabtu dia free dari pukul 12 tgh hari, so kami pi kidnap dia kejap, ajak kumpul dengan adik-adik yg lain....bukan, bukan...adik adik dia buli dia suruh belanja sbb dia baru dapat gajinya yg pertama......habis jugak rm 500 kata along. Aku dan ayah dia pun dapatlah sehelai sorang baju, alhamdulillah...rezeki anak-anak. Kami tinggalkan anak-anak di Mid Valley, aku dan suami ke travel agency untuk buat bayaran dan kursus umrah .Sebelah malam, kami berkumpul di rumah adik ipar di Bandar Tun Hussein Onn di Cheras, kebetulan adik ipar dari Sg Petani pun ada di sana . So along pun belanja satey kajang pulak kat mak-mak saudara dia sekeluarga ni.....moga makin murah rezeki along. Kami hantar along balik ke kediamannya hampir 12 tgh malam, esok dia start kerja pagi dan on call pulak belah mlm nya...kesian along, dah lah belajar teruk, kerja pun teruk jugak.....

3 May, siap-siapkan pakaian, makanan, bekalan untuk anak-anak yang kena balik semula ke tempat masing-masing..... Ana balik ke Melaka, ayah hantar Wan ke UIA, mak hantar Iqah ke SMKA Slim River....dalam perjalanan pulang selepas Iqah turun, Ein duduk senyap aje (selalunya dia tak reti diam, memanjatlah, menungginglah, bergayutlah), sambil memalingkan mukanya ke tingkap, aku ingat dia terlelap...bila aku jeling ke tudungnya, baru perasan ada kesan air mata....., dia sedih tinggal sorang-sorang agaknya atau tak puas lagi berkumpul dgn akak-akak dan abangnya.....kesian Ein ( maknya pun rasa sebak jugak heheheeh....)

11 comments:

Kembara Kelana said...

dua perkara yang menarik yang aku nak tuliskan...pertama jida dan suaminya ke rumah kau...tu memang menarik sebab aku datang tak dapat gado gado...dia dapat

kedua ein..sedih. bab ni kau jangan nulis sangat..sebab aku pun numpang nak nangis...sebab aku teringat yayah anak aku...

Kembara Kelana said...

Lagi satu aku tengok kau berdua ni makin lama makin lawa pulak...apa ilmu kau orang ek

Member Hj Md Sirat said...

Hati-hati kau bercakap Sop! Abg Rosli punya!

Kembara Kelana said...

mimbar
aku cakap dia orang makin lawa jer...tupun tak boleh? kau teruklah mimbar...asal cakap macam tu maknanya nak ngorat yer...aku cuma nak ilmu dia jer bar..nak pakai dan nak beri kat kau sikit..supaya kita pun lawa macam dia orang...
bar aku taulah abg rosli punya..kau probok orang bar..kau memang nak perdajal aku bar..hahahaha
gurau jer

fati said...

terima kasih lah atas pujian kau tu Sop, Jida mesti seronok tu kan....maklumlah , dah tua-tua ni ada jugak orang yg nak puji ek...
Alah Bar, abg Rosli tu takdenya jealous, dia kata sapalah nak kat aku yg dah tua ni.....

Member Hj Md Sirat said...

Bukan apa Sop, tewasnya pompuan dgn pujian la...
Tapi aku akui dia ni dan Azida masih anggun! Aku agak muka dia orang ni asyik dicuci dengan air wudhuk la Sop. Sebab tu anggun je.

Azida said...

Salam. Usop, kau jgn le jealous... memang sedap gado-gado tu... siap bekal lagi (saja buat sakit hati...). Petuanya senang aje... happy selalu, quran jgn tinggal.

Walau apa pun terima kasih pada kau orang yang kata aku dgn Fati anggun... hehehe.. Fati, depa sebenonya nak kita belanja makan tu.. hehehehe...

Kembara Kelana said...

bar kau dengo tu...
jida
kau conner kat bab belanja pulak, tapi gado gado...tu memang menggeramkan aku...
tie..
eloklah kau belajo urut dgn jida tu..

aku saja usik usik jer..
jangan marah...yang pelik mimbar pulak marah

hafizah said...

Wah! Busy nye hari minggu awak. Dapat rasa gaji pertama Along lak tu! Berkat tu Along! Bila gak nye nak belanja auntie pulak?

Kesian Ein. Mak dia pun mesti sayu juga tu. Mak dia tu tak meleleh airmata juga ke? Sorok2 ye?

hafizah said...

Wah! Busy nye hari minggu awak. Dapat rasa gaji pertama Along lak tu! Berkat tu Along! Bila gak nye nak belanja auntie pulak?

Kesian Ein. Mak dia pun mesti sayu juga tu. Mak dia tu tak meleleh airmata juga ke? Sorok2 ye?

fati said...

Hehehe...mak dia pandai cover! Nak ceriakan ein, sanggup pi beli pizza petang tu, dok sembang dgn dia, tak bagi dia duduk sorang-sorang takut dia sedih lagi.
Hari ni dia dah ok, tapi asyik tanya kenapa akak-akak dia tu cuti kejap sangat...jenuh pulak explained kat dia.