keluargaku

keluargaku

Sunday, March 1, 2009

Merayap Lagi...

Semalam, Sabtu 28 Feb. aku sekeluarga keluar rumah lagi. Kali ni menuju ke Kuala Kangsar pulak, hantar along ke Kem Bina Negara. Sebelum tu singgah di SMKA Slim River ambik Iqah pulang bermalam, langsung bawak dia sekali ke KK. Tunggu Iqah selesai sukan tahunan sekolahnya, baru boleh bergerak ke KK.
Kami tak lama di KK, sebab suami ada hal nak dibereskan di Ipoh. Lepas daftar along di kemnya, dan bawa barang dia ke asrama, kami terus pusing balik ke Ipoh. Sepanjang jalan ke Ipoh, langit gelap, macam mau runtuh...kemudian hujan lebat turun mencurah-curah hingga tak nampak jalan.
Lama juga di Ipoh, Ein merengek ajak singgah ke Jusco. Kami singgah utk ambik hati Ein sebab dia sedih sangat bila alongnya dah tinggalkan dia pulak ( maklumlah dah berkepit dgn along lebih 3 bulan ), lagipun bolehlah kami beli barang makanan Iqah sekali untuk di bawa pulang ke asrama dia nanti.
Sepanjang perjalanan pulang ke Tg Malim, sunyi sepi di tempat duduk belakang, ingatkan Ein tertidur, bila aku jengok, rupanya sedang menangis teresak-esak...teringatkan alongnya! Aku lalu memautnya duduk didepan diatas ribaanku sambil memeluknya dan memujuknya. Sedih jugak hati aku dibuatnya. Aku dan ayahnya memujuk kerana selepas kursus BTN tu dan kursus induksi along akan terus buat housemanship di HKL, so mudahlah along nak balik ke rumah kami nanti. Dia ingat along nya nak pergi balik ke Australia lagi......last-last dia tertidur di atas ribaan aku...sorang-sorang anak-anak mula meninggalkan kami.
Sekarang aku mula faham bagaimana perasaan nenek dan emak aku dulu bila aku mula bekerja dan berkahwin.....

2 comments:

Azida said...

Salam. Memang sedih... Tapi Fati aku tak rasa lagi perkara tu... tapi boleh bayangkan kesedihannya bila anak2 dah keluar hidup sendiri di alam pekerjaan masing2.

fati said...

Dalam bab menyakat ni, dalam rumah aku ada 3 orang yg paling kuat menyakat, anak yg last, yg 2nd dan yg paling kuat sekali ayah dia....so sekarang ni bila anak dah tinggal sorang kat rumah, habis aku sekali kena sakat!