keluargaku

keluargaku

Sunday, March 22, 2009

Lepas cuti sekolah

Fuh....lama betul aku tak buat entri. Sebok memanjang je cuti sekolah ni. Lagi pun bila ada anak cuti kat rumah, aku tak boleh nak monopoli komputer. Ni bila dah takde orang kat rumah barulah boleh nak duduk lama sikit kat komputer.

Masa Usop datang rumah aku hari tu ( konvonya di UPSI) , Mimbar pun datang ziarah aku...terima kasih kekawan. Yang seronoknya, masa di rumah aku, Mimbar makan laksa Kuala Perlis, tak sempat makan nasi, sebab dia kejar program lain di tempat tinggalnya. Aku bekalkan sikit nasi dan lauk. Rupanya dia berkenan dengan lauk masak arab aku tu...alhamdulillah!

Aku bagi resepi yg basic je kat Rohaya . Tapi dia try jugak, buat guna ayam pencen ( kata Mimbar sedap). Lepas tu dia try guna kambing pulak...tu lagi la sedap sebab masa kat UK aku masak mmg guna kambing atau pun lamb. Resepi tu pun aku dapat dari kawan masa kat UK. Kat UK kami tambah guna rempah paprika lagi. Kat sini, kami modified sikit...tambah, kerisik, serai , lengkuas ( titik-titik je). Nak manis, bubuh gula merah, tambah kismis, sebelum angkat masuk sikit ( sesudu dua ) olive oil. Nak masam tambah sikit sos tomato atau tomato puree...ikutlah..

Zainon pulak ( isteri Usop) bagi aku resepi roti....dia ni pandai masak. Segan aku! Rajin pulak tu. Aku ni dah tua-tua slow sikit. Lagi pulak bila anak-anak dah takde kat rumah ( tinggal sorang je yg kecik), so nak masak beriya tu kena tunggu depa ni cuti dan berkumpul di rumah. Kalau tidak, aku masak yg simple-simple je ( diet sama ! tapi badan naik juga....)

1 comment:

Kembara Kelana said...

rajin pun nulis...macam tulah ..fati thanks for everything...semua hospitaliti yang telah kau berikan pada aku sekeluarga..