keluargaku

keluargaku

Tuesday, March 31, 2009

Minggu PRK

27 Mac lalu, lepas ambik Ein balik dari sekolah agama, kami sekeluarga bertolak ke Matrikulasi P. Pinang di Kepala Batas. Sepanjang perjalanan dari Tg Malim hingga lepas Ipoh, hujan turun mencurah-curah, tak berani nak pandu lebih dari 100km/j. Sampai rumah tamu Matrik Penang dah dekat 11.00 malam, suami tak terus tidor, dia siapkan power point nya untuk ceramah esoknya.
Lepas sarapan, aku tinggalkan suami di Matrik, kami dua beranak ke Sg Petani untuk ke rumah adik ipar ( sebab ein boring duduk kat rumah tamu tu). Masuk je tol Sg Petani utara, bendera-bendera dan pondok-pondok panas untuk PRK Bkt Selambau dah merata terpacak. Nampak meriah sungguh..
29 Mac....hari penamaan calon, kami lekat di jalan, tak boleh nak keluar, kereta banyak ( parking kiri kanan jalan lagi) dan manusia juga ramai, dgn pelabagai warna t shirt dan bendera, ada yg selimut di badan, ada yg buat serban, ada yg ikat di pinggang, seronok tengok gelagat mereka...
Lama jugak baru kami dapat keluar ke pintu tol...menuju ke Perlis untuk menjengok orang tua yg tak sihat...
30 Mac, balik menuju ke Tg Malim....bila sampai area Sg Petani , meriah dgn bendera...., kemudian sampai pula ke kawasan Bkt Gantang...wah lagi meriah nampaknya, penuh jejatas yg merentasi highway dengan bendera-bendera pelbagai warna...aku mohon dan berdoa semoga PRK ni berjalan dgn lancar dan baik dan semoga yg benar mengatasi yg batil....Amin!!!!

7 comments:

Kembara Kelana said...

oh bulan dimana kamu berada...
menyinari alam semesta

fati said...

oh punggok, aku ada di sini , pi makan kenduri...hahhahaha...
esok pi house warming Hafizah awang lak kat shah alam....merayap aje bulan ni ...

Citra Alam said...

Tie ,
Tak join kempen ke ? Mana tahu , kot-kot berminat ! Boleh tambah pengalaman .

fati said...

Jauh sangatlah Imah nak pi joint kempen.... kalau dekat mau jugak...

Citra Alam said...

Tie ,
Blog kamu ikut jam mana ?

fati said...

tak tau lah imah, ikut papua new genie kot ...(ejaan pun tak tau dah!) nak betulkan , tak pandai...

Member Hj Md Sirat said...

aku baru baca blog kau la..
Tak sempat nak baca.. kalu aku tau house warming Hafizah Insyallah aku join tau!
Kalu kau ping aku Jumaat lepas agaknya aku join tau!