keluargaku

keluargaku

Sunday, February 22, 2009

Beli Kereta Anak

Hari Sabtu 21 Feb. pukul 7.30 pagi kami dah keluar rumah, menuju ke KL kerana anak no. 2 ( Ana) ada periksa PTD di Setapak pukul 9.00 pagi. Lepas kami dropped Ana di Sek. Men Teknik ERT Setapak, kami terus menuju ke Kajang kerana ada temu janji dgn sesorg. pada pukul 10.00.
Sebenarnya kami mencari kereta terpakai viva untuk anak kami pakai. Tak mau beli kereta yg baru kerana nak biarkan mereka stabil dulu dgn pekerjaan dan gaji yg baru sedikit tu.
Pukul 10.30 kami di R&R Bukit Dukung, dan berjumpa dgn tuan punya kereta viva yg nak jual keretanya. Anak aku terus berkenan, kereta viva baru digunakan 6 bulan lebih, perlukan duit segera utk bisness. Harganya pun ok jugak RM 34500...kira jadilah tu.
Kemudian kami beredar semula ke KL , ke PWTC pula kerana ada pameran MTE (Malaysian Technology EXpo), semua Universiti ambik bahagian. UPSI ada juga menang emas, perak dan gangsa termasuk yg suami n the gang.
Suami sebok di PWTC, aku, along, ein dan wan, merayau di The Mall yg bersetentangan dgn PWTC. Aku di situ sehingga hampir pukul 4.00, bila kami hendak beredar, aku terserempak dengan Zaiha Arifin! Dah nak balik baru terjumpa....aku mengajak dia ke rumah, tapi dia ada hal di KL ...alamak, kalau awal-awal kami terserempak, boleh berborak lama sikit.

3 comments:

Kembara Kelana said...

steady fati, steady...

Member Hj Md Sirat said...

happynya kau...meronda sepanjang hari!
masa tu aku kat laut sejak malam balik sabtu petang.

fati said...

Dapat banyak ikan ke Bar?