keluargaku

keluargaku

Friday, May 29, 2009

Mohon Maaf

Sepanjang cuti sekolah ni aku takde kat Malaysia ni...... kerana menyahut panggilan kaabah. So kalau ada terkasar bahasa, tercuit rasa, tersentuh hati....maaf jua yang aku pinta. Moga kita jumpa lagi, insya Allah..... jika di panjangkan usia.

Tuesday, May 26, 2009

Hari Keluarga

ni depa tengah lawan makan epal, bukan main lagi wan dengan ayah dia...

ni tengah dinner , sedap, ada BBQ seafood....

Ein tengah lawan makan biskut

Wan tiup tepung.....

Wan dengan ayah dia lawan kutip kacang hijau guna mancis

aku tiup belon...tak pecah pun sebab penakut...

gambar isteri-isteri masa dinner

masa naik tren nak pi Bukit Malawati

sikit punya ngeri jumpa dengan geng ni, suka kejar makanan

posing kat meriam di Bkt Malawati ( mesti ada jin tu....)


23 - 24 Mei, Jabatan Fizik Fakulti Sains & Teknology UPSI mengadakan hari keluarga di De Palma Kuala Selangor. Jabatan Fizik di UPSI ni tak ramai sangat ahlinya, tak seperti masa kami di UTM dulu. Anyway...kami memang seronok semasa di sini di samping dapat mengeratkan lagi tali siratul rahim antara keluarga ahli jab. fizik UPSI ni.
Di sini kami di bawa berjalan-jalan ke Bukit Malawati( naik tren), jumpa sepupu kat sana...hehehe, tengok meriam, rumah api, dan ada Batu Hampar....aku tak berani naik kat Batu Hampar tu, ada member terbau wangi.....
Malamnya ada dinner dan BBQ sekali, ada karaoke jugak.....ramailah geng-geng tua ni menyanyi lagu lama-lama....Ingat nak pi tengok fire fly (naik sampan menyusur sungai....tapi tak kesampaian sebab semua dah malas bila perut dah kenyang).
Esoknya kami ada outdoor games, geli hati pulak tengok orang tua-tua jadi macam budak-budak.....tapi semua happy dan dapat lepas tension setelah kerja teruk-teruk kat UPSI...
Tengahari tu, kami di bawa makan cara kampung ke pendalaman Tg Karang...'wong jawo' tuan rumahnya...hehehe makan bersila lagi.... Lepas tu kami bersuarai, dan aku terus hantar Wan balik ke UIA Gombak....

Monday, May 25, 2009

Birthday Ein

Nur Syakireen Rosly


25 Mei, harijadi Ein yang ke 7. Dialah satu-satunya anak kami yang dilahirkan di negeri Johor. Ketika itu aku berusia 41 tahun. Beza umurnya dengan kakak yang di atasnya ialah 7 tahun. Dia lah yang menjadi peneman kami di rumah sekarang. Tahun ini dia meraikan birthdaynya dengan kami berdua suami isteri saja...abang dan akak-akaknya tiada di rumah. Tapi Ein dah dapat birthday presents awal-awal lagi dari akak-akak dan abangnya. Dan dia hanya minta kek kecil saja dari ayahnya....
Semoga Ein membesar menjadi anak yang soleh, dilindungi dari kejahatan manusia dan syaitan, cemerlang dalam pelajaran dan berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
Amin

Wednesday, May 20, 2009

Kacau

Minggu ini minggu peperiksaan pertengahan tahun bagi Ein, baik untuk sekolah kebangsaan atau sekolah agamanya. Iqah pun sama , sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun hingga ke minggu hadapan. Aku memanjatkan doa agar anak-anak ku ini mendapat kejayaan yang cemerlang.
Dua minggu lepas setiap kali balik dari sekolah agama ein nampak sedih, kadang-kadang menangis. Dia nampak keberatan kalau nak ke sekolah agama. Dia mengadu ada budak lelaki yang suka kacau dia . Aku memujuk dia ( aku ingatkan perkara kecik je), sambil buat lawak kat dia, kata budak tu minat kat dia kot....
Sekarang ni bila aku ambik dia dari sekolah agama, aku tunggu di pintu pagar aje, tapi entah kenapa pada hari itu aku terus masuk ke dalam sekolah .Bila aku menghampiri kelasnya ( terletak di ground floor) budak-budak kelasnya mula keluar dari kelas, budak lelaki dahulu, diikuti oleh budak perempuan. Aku nampak ein di muka pintu kelas...tiba-tiba seorang budak lelaki ni, datang menerpa dan menolak ein hingga hampir tersungkur, nasib baik dia berpaut pada kawan perempuannya, kemudian budak lelaki ini menerpa lagi dan menolaknya serta menumbok bahagian lehernya, aku terus bertempik.Bila budak lelaki itu nampak aku, dia terus lari macam lipas kudung, hilang dalam sekelip mata. Ein menangis, kawan2 perempuan nya memberitahu aku yang budak itu ( namanya Adam rupanya!) selalu mengacau ein. Aku terus pergi berjumpa dengan ustazah yang ada di dalam kelas ein, tapi tak menyedari insiden itu kerana sibuk mengajar Qur'an kepada budak lain.
Aku menceritakan kepada ustazah tentang apa yg aku lihat tadi. Ustazah mengaku yg Adam ni memang nakal dalam kelas, dan dia akan ambil tindakan keesokan harinya.
Esok, aku tunggu di depan kelas ein lagi, merenung Adam dengan muka marah, tapi dia lari susup sasap, sekejap je dah hilang. Aku tanya ein samada Adam kacau dia lagi, Ein kata tak kacau dah, cikgu pun dah denda dia, dan warning dia.....alhamdulillah! Sekarang ni, setiap hari aku akan tanya ein, ada orang kacau lagi tak....ein cuma geleng kepala, lega hati aku.

Monday, May 18, 2009

Tak lekat di rumah

Khamis 14 Mei, sedang menunggu masuk maghrib, cik abang ni suruh kemas baju ikut dia ke KL kerana dia ada pertandingan Pameran ITEX 2009 di KLCC sampai hari Ahad. Kebetulan Ein tak berapa sehat, dia susah hati nak tinggalkan aku berdua dgn Ein...katanya, takpe, duduk je di bilik Hotel Royale Bintang, sambil ajar Ein (sebab ein nak mid-year exam). Lepas Isya', kami pi klinik ambik ubat dan mc Ein, terus bertolak ke KL.
Sabtu 16 Mei, malam kami balik Tg Malim sebab katanya hari Isnin pagi-pagi dia kena pergi ke Seremban pulak, ada Pertandingan Penyelidikan Pendidikan peringkat Nusantara.
Ahad 17 Mei, pi kat asrama Iqah, lepas makan tengahari, hantar makanan dan duit belanja Iqah.Tut, tut....dia suruh aku kemas baju sekali, nak ajak aku pergi Seremban petang tu jugak lepas pi kat Iqah....kami bermalam di Klana Resort Seremban.
Isnin 18 Mei, Selepas juri selesai mengadili projek depa, kami pulang semula ke Tg Malim, ini disebabkan dia terpaksa menghadiri mesyuarat Senat Universiti keesokkan harinya....
Hari ini 19 Mei, aku mengemas rumah dan mendobi baju yag berlonggok ni, sambil menyiapkan Ein yg mula exam hari ini, esok exam untuk sekolah agama pula bermula....rasa macam mak ein je yg nak periksa, jenuh pesan macam-macam.....

Saturday, May 9, 2009

SELAMAT HARI IBU

10 Mei, Sambutan Hari Ibu ( dan birthday aku....hahahaha)

Buat wanita yang bergelar Ibu

semoga cerdikmu secerdik Aisyah
semoga cantikmu secantik Ainul Mardhiah
semoga pengorbananmu setinggi pengorbanan Sumaiyah
semoga ikhlasmu seikhlas Rabiatul Adawiyah
dan semoga tempatmu di syurga AlJannah...
Amin

Friday, May 8, 2009

Birthday Ana pulak....

Nur Syazana Rosly


9 Mei...harijadi Ana yang ke 23. Anak nombor 2 aku ni jadi orang tengah antara birthday ayah dia dengan aku.....macam dirancang-rancang aje ! (Ana bangga giler!) Selalunya kalau Ana ada di rumah, kami celebrate birthday sekali, tapi yang kopak akulah.....
Agaknya sebab tulah Ana ni yang paling banyak ikut raut wajah ayahnya, tapi perangainya banyak ikut aku...hahaha
Ucapan mak dan ayah untuk Ana:
semoga menjadi anak yang soleh,
cekal dan matang dalam mengharungi kehidupan ,
menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat,
Amin...


kami sayang ana .....

Thursday, May 7, 2009

Birthday Abe...


8 Mei. Hari jadi pakwe ni. Dah 54 tahun umurnya.....muda lagi katanya...hehehe. Anyway ini ucapan harijadi dari Ti:
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunkanlah segala dosanya
Kau kurniakanlah dia dengan kesabaran yang tidak terbatas dalam menghadapi kerenah kami
Kau limpahkanlah rezeki yang halal buatnya
Kau berikan dia kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi sebarang cabaran
Kau peliharalah dia dari segala kejahatan manusia dan syaitan
Kau bahagiakanlah dia di dunia dan di akhirat....
Amin!

Sunday, May 3, 2009

Cuti Hujung Minggu

keluarga Azida sedang makan gado-gado

Azida dan suaminya

aku dan Zida

1 May, cuti hari pekerja, Azida datang ke rumah selepas ke Unisel ambik anak perempuannya yg belajar di sana ( selepas jenuh mengurut hubbynya.....hehehe). Aku ajak dia lunch kat rumah.
Lepas tu hubby aku bawak hubby Azida dan anak lelaki kami pi solat Jumaat kat Masjid Proton City. Sebelum dia orang balik, aku jamu gado-gado pulak...

2 Mei, kami ke KL, semua anak ada di rumah kecuali yg tengah buat 'houseman' tu...on call memanjang! Tapi hari sabtu dia free dari pukul 12 tgh hari, so kami pi kidnap dia kejap, ajak kumpul dengan adik-adik yg lain....bukan, bukan...adik adik dia buli dia suruh belanja sbb dia baru dapat gajinya yg pertama......habis jugak rm 500 kata along. Aku dan ayah dia pun dapatlah sehelai sorang baju, alhamdulillah...rezeki anak-anak. Kami tinggalkan anak-anak di Mid Valley, aku dan suami ke travel agency untuk buat bayaran dan kursus umrah .Sebelah malam, kami berkumpul di rumah adik ipar di Bandar Tun Hussein Onn di Cheras, kebetulan adik ipar dari Sg Petani pun ada di sana . So along pun belanja satey kajang pulak kat mak-mak saudara dia sekeluarga ni.....moga makin murah rezeki along. Kami hantar along balik ke kediamannya hampir 12 tgh malam, esok dia start kerja pagi dan on call pulak belah mlm nya...kesian along, dah lah belajar teruk, kerja pun teruk jugak.....

3 May, siap-siapkan pakaian, makanan, bekalan untuk anak-anak yang kena balik semula ke tempat masing-masing..... Ana balik ke Melaka, ayah hantar Wan ke UIA, mak hantar Iqah ke SMKA Slim River....dalam perjalanan pulang selepas Iqah turun, Ein duduk senyap aje (selalunya dia tak reti diam, memanjatlah, menungginglah, bergayutlah), sambil memalingkan mukanya ke tingkap, aku ingat dia terlelap...bila aku jeling ke tudungnya, baru perasan ada kesan air mata....., dia sedih tinggal sorang-sorang agaknya atau tak puas lagi berkumpul dgn akak-akak dan abangnya.....kesian Ein ( maknya pun rasa sebak jugak heheheeh....)