keluargaku

keluargaku

Tuesday, March 31, 2009

Minggu PRK

27 Mac lalu, lepas ambik Ein balik dari sekolah agama, kami sekeluarga bertolak ke Matrikulasi P. Pinang di Kepala Batas. Sepanjang perjalanan dari Tg Malim hingga lepas Ipoh, hujan turun mencurah-curah, tak berani nak pandu lebih dari 100km/j. Sampai rumah tamu Matrik Penang dah dekat 11.00 malam, suami tak terus tidor, dia siapkan power point nya untuk ceramah esoknya.
Lepas sarapan, aku tinggalkan suami di Matrik, kami dua beranak ke Sg Petani untuk ke rumah adik ipar ( sebab ein boring duduk kat rumah tamu tu). Masuk je tol Sg Petani utara, bendera-bendera dan pondok-pondok panas untuk PRK Bkt Selambau dah merata terpacak. Nampak meriah sungguh..
29 Mac....hari penamaan calon, kami lekat di jalan, tak boleh nak keluar, kereta banyak ( parking kiri kanan jalan lagi) dan manusia juga ramai, dgn pelabagai warna t shirt dan bendera, ada yg selimut di badan, ada yg buat serban, ada yg ikat di pinggang, seronok tengok gelagat mereka...
Lama jugak baru kami dapat keluar ke pintu tol...menuju ke Perlis untuk menjengok orang tua yg tak sihat...
30 Mac, balik menuju ke Tg Malim....bila sampai area Sg Petani , meriah dgn bendera...., kemudian sampai pula ke kawasan Bkt Gantang...wah lagi meriah nampaknya, penuh jejatas yg merentasi highway dengan bendera-bendera pelbagai warna...aku mohon dan berdoa semoga PRK ni berjalan dgn lancar dan baik dan semoga yg benar mengatasi yg batil....Amin!!!!

Tuesday, March 24, 2009

Komen

Bila aku buka blog ni, terkejut aku sebab dapat komen dari "mrs jannuri" dalam entri aku 'maulidurrasul' tu.....seronoknya! Tu betul-betul mrs januri ke atau wak januri sendiri? Terima kasihlah bebanyak kerana sudi jengok blog aku. Bukan apa, dengan itu kita sering berhubungan dan bolihlah mengiratkan siratulrahim dengan lebih kemas lagi....

InsyaAllah kalau ada kelapangan pulak boleh jugak kami ke Banting nanti sebab kat situ ada kau ( wak dan Salbiah) juga 'gajah'.....tapi kau orang pun janganlah segan nak ke rumah aku pulak. Gajah dah sampai kat rumah aku dulu...kau orang belum lagi....hehehe...

Masa Usop kat rumah aku dulu dia ada cakap mungkin dia orang nak buat MG untuk kekawan m1 kat Kluang....amacam kalau kita pun buat MG kekawan m2 pulak...hahahaha ( idea spontan!) Kalau betul, seronok jugak ek...buat kat rumah aku pun boleh! ( mesti kau orang kata jauh........!!!)

Anyway....terima kasih ye wak & Salbiah, komen-komen lah selalu kat blog aku ni...

Sunday, March 22, 2009

Lepas cuti sekolah

Fuh....lama betul aku tak buat entri. Sebok memanjang je cuti sekolah ni. Lagi pun bila ada anak cuti kat rumah, aku tak boleh nak monopoli komputer. Ni bila dah takde orang kat rumah barulah boleh nak duduk lama sikit kat komputer.

Masa Usop datang rumah aku hari tu ( konvonya di UPSI) , Mimbar pun datang ziarah aku...terima kasih kekawan. Yang seronoknya, masa di rumah aku, Mimbar makan laksa Kuala Perlis, tak sempat makan nasi, sebab dia kejar program lain di tempat tinggalnya. Aku bekalkan sikit nasi dan lauk. Rupanya dia berkenan dengan lauk masak arab aku tu...alhamdulillah!

Aku bagi resepi yg basic je kat Rohaya . Tapi dia try jugak, buat guna ayam pencen ( kata Mimbar sedap). Lepas tu dia try guna kambing pulak...tu lagi la sedap sebab masa kat UK aku masak mmg guna kambing atau pun lamb. Resepi tu pun aku dapat dari kawan masa kat UK. Kat UK kami tambah guna rempah paprika lagi. Kat sini, kami modified sikit...tambah, kerisik, serai , lengkuas ( titik-titik je). Nak manis, bubuh gula merah, tambah kismis, sebelum angkat masuk sikit ( sesudu dua ) olive oil. Nak masam tambah sikit sos tomato atau tomato puree...ikutlah..

Zainon pulak ( isteri Usop) bagi aku resepi roti....dia ni pandai masak. Segan aku! Rajin pulak tu. Aku ni dah tua-tua slow sikit. Lagi pulak bila anak-anak dah takde kat rumah ( tinggal sorang je yg kecik), so nak masak beriya tu kena tunggu depa ni cuti dan berkumpul di rumah. Kalau tidak, aku masak yg simple-simple je ( diet sama ! tapi badan naik juga....)

Sunday, March 8, 2009

Cuti Maulidur Rasul

sallullah 'ala Muhammad
sallullah 'alaihi wasallam
sallullah'ala Muhammad
sallullah 'alaihi wasallam

Semalam aku ke Shah Alam, tujuannya untuk menziarahi kekawan ( kebetulan suami free). Kami bertolak dari rumah pukul 3 ptg.
Mula aku singgah di seksyen 16 ke rumah 2 orang kawan yg berjiran semasa di UK dulu. Kami tak bertahu awal-awal tntg kedatangan kami sbb tak mau depa buat persiapan beriya sangat. Saja nak jengok sebab dah lama tak jumpa. Ton dgn Hasnor dah lebih 10 tahun kot tak jumpa, dgn Dr Ani dan Faudzi dah 2 tahun lebih... pukul 6 kami beredar ke rumah Mimbar pulak.
Cikgu Rahman Karim suami isteri ada di rumahnya. So, elok kami ziarah sekali bekas cikgu kami tu. Dia orang baru balik dari mancing. Mimbar jamu makan malam dgn ikan fresh...sedapnya...tapi aku bila malam kalau boleh aku tak makan nasi, tapi mimbar punya pasal, aku makan sikit, lagi pun kari kepala ikan tu menggoncang iman!!!
Kami pulang ke Tg Malim bila jam dah 10 mlm lebih...seronok bersembang ,tak sedar masa beredar...terima kasih Mimbar dan Rohaya...nanti datanglah ke rumah aku pulak.

Tuesday, March 3, 2009

Lagu lama.

"siapakah diantara kita
dengan rela menjadi pendusta
siapakah dulu membina harapan
dan siapa yg memusnahkan impian
tanpa sebab dan alasan
kau mainkan perasaan
bagai taufan
tiba-tiba datang dan menghilang...."

zuupp....!!!!sayu nya aku dengar korus lagu tu.
lagu lama, penyanyi Ibnor Riza kot. Sekarang ni aku suka buka radio sinar pulak sejak Kieran dah tak de kat era.
Tengah tingal sorang-sorang kat rumah sambil mengemas rumah, layanlah radio ni kejap, nak hilang sunyi sama. Tak sangka ek, lagu-lagu lama ni kalau dengar aje mesti terkenang cerita-cerita lama.....
Bila dah lekat liriknya kat kepala, susah pulak nak hilang....

Sunday, March 1, 2009

Merayap Lagi...

Semalam, Sabtu 28 Feb. aku sekeluarga keluar rumah lagi. Kali ni menuju ke Kuala Kangsar pulak, hantar along ke Kem Bina Negara. Sebelum tu singgah di SMKA Slim River ambik Iqah pulang bermalam, langsung bawak dia sekali ke KK. Tunggu Iqah selesai sukan tahunan sekolahnya, baru boleh bergerak ke KK.
Kami tak lama di KK, sebab suami ada hal nak dibereskan di Ipoh. Lepas daftar along di kemnya, dan bawa barang dia ke asrama, kami terus pusing balik ke Ipoh. Sepanjang jalan ke Ipoh, langit gelap, macam mau runtuh...kemudian hujan lebat turun mencurah-curah hingga tak nampak jalan.
Lama juga di Ipoh, Ein merengek ajak singgah ke Jusco. Kami singgah utk ambik hati Ein sebab dia sedih sangat bila alongnya dah tinggalkan dia pulak ( maklumlah dah berkepit dgn along lebih 3 bulan ), lagipun bolehlah kami beli barang makanan Iqah sekali untuk di bawa pulang ke asrama dia nanti.
Sepanjang perjalanan pulang ke Tg Malim, sunyi sepi di tempat duduk belakang, ingatkan Ein tertidur, bila aku jengok, rupanya sedang menangis teresak-esak...teringatkan alongnya! Aku lalu memautnya duduk didepan diatas ribaanku sambil memeluknya dan memujuknya. Sedih jugak hati aku dibuatnya. Aku dan ayahnya memujuk kerana selepas kursus BTN tu dan kursus induksi along akan terus buat housemanship di HKL, so mudahlah along nak balik ke rumah kami nanti. Dia ingat along nya nak pergi balik ke Australia lagi......last-last dia tertidur di atas ribaan aku...sorang-sorang anak-anak mula meninggalkan kami.
Sekarang aku mula faham bagaimana perasaan nenek dan emak aku dulu bila aku mula bekerja dan berkahwin.....