keluargaku

keluargaku

Monday, December 28, 2009

Bertandang di Pontian

di rumah ayah kak Razipah di Kg Rimba Terjun

Pak Mahmod dan pakwe aku

adik aku dgn ikan 3 rasa di Mandella Seafood Pontian

di Mandella seafood

Bergambar kenangan dgn Kak Razipah, suaminya, adik bungsu kak Razipah dan suaminya di rumah Tumpangan Pontian
melihat foto kahwin di tg Malim

bersama besan

foto sekeluarga

dimeja pengantin

berarak masuk ke dewan Jublee Intan Pontian


26 Dec adalah tarikh untuk majlis bertandang along ke Pontian Johor. Kami mengiringi along dengan 8 buah kereta dan sebuah van (adik beradik , saudara-mara dan sahabat dari Johor). Majlis bertandang di buat di Dewan Jublee Intan Pontian, dan alhamdulillah kami diberi tempat persinggahan di rumah rehat orang kenamaan berdekatan dengan dewan tersebut.
Keesokannya aku sempat menziarahi ayah kak Razipah Mahmod (senior batch 77) di Kg Rimba Terjun. Sebelum itu, pada sebelah malamnya kami pergi menjamu selera di Mandella Seafood....., jauhnya ......masuk ke parit-parit yg aku tak tau namanya.....

Monday, December 21, 2009

Tak Sedar.....


selepas majlis akad nikah di surau, gabungan hantaran pehak perempuan dan lelaki.

hantaran pehak perempuan untuk lelaki yang di hasilkan oleh Ha..



Rasa masa terlalu cepat beredar....tak sedar dua minggu lagi anak-anak akan kembali bersekolah. Kesebokan menguruskan majlis perkahwinan along menyebabkan masa beredar tidak terasa. Itupun majlis bertandang ke rumah lelaki masih belum selesai...insya Allah 26 Dec nanti kami kami kan ke Pontian, Johor. Selepas selesai segalanya barulah aku boleh memberi tumpuan untuk persiapan anak-anak yang bersekolah pula. Dan bermulalah kehidupan baru anak sulong kami...... hingga kini aku masih kekok untuk membahasakan diri aku 'mak' kepada menantuku...selalu tersasul 'makcik' jugak......
Di sini aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Hafizah ( Ha) kerana sudi membantu aku menyediakan hantaran perkahwinan along. Kami sekeluarga amat berpuas hati dengan hasil tangan Ha dan ingin berkongsi dengan rakan-rakan lain...manalah tahu ada yang teringin menggunakan khidmat hasil tangan Ha bila hendak menerima menantu nanti.....

Tuesday, December 15, 2009

MG Tg Malim

bersama isteri wak mimbar ( cikgu Rohaya) dan isteri wak Jan ( Sal serta anaknya)
Sorry sal...terlupa telur pindang, awak dah balik baru kita ingat..... terkilan rasanya....

bersama mimbar, wak Jan dan Zainudin
bersama Norlida Md ali serta suami dan Norela ( Norin) dan abg Razak


posing dengan yang aman ada jer....

juru kempen MG

dari kiri , abg Hassan Adli, Dr.Aziz Saim, en Roslan (suami kak Ajip) Kak Ajip (Razipah Mahmod) dan isteri Dr Aziz Saim
geng-geng lelaki
Iss ( Rosmala) dan suami datang hari sabtu sbb tak dpt hadir hari Ahad

Prof Dr Mazita Putih dan suaminya Hashim Dol, juga datang malam sabtu sbb tak dapat datang Ahad


Ini adalah di antara gambar-gambar kekawan yang datang MG kat rumah di Tg Malim. Gambar Norsham, Sukimin, Alimah dan Aini tak sempat nak di rakam..... gambar dengan Norlila masih di hp pakwe , tak sempat nak transfer lagi.....

Thursday, December 3, 2009

Lain Dulu Lain Sekarang

Sementara aku menunggu pakwe aku tu pi viva student kat USM, aku buat sat entri untuk blog aku ni. Dah lama aku tak buat entri, macam terabai pulak blog ni...
Aku teringat masa aku nak kawin dulu, waktu-waktu seperti ini, keluarga aku dah tak menang tangan. Mak aku terpaksa bawak lori ke Pekan Pahang sebab nak ambik perabot set bilik tidor yang ayah aku buat sendiri ( ayah aku pandai bertukang). Ayah saudara aku sebelah ayah datang dengan anaknya, tolong catkan rumah tok aku ( aku tinggal dengan tok). Paksedara yg kat Sedili besar dah mula ngajak orang pi cari batang buluh, nak buat khemah nanti. Pi cari kayu api untuk masak lauk kenduri. Kalau arwah tok ayah aku masih hidup, memang rebahlah lembu seekor...., tapi dia dah takde, so daging lembu kami beli je. Bilik pengantin, mak-mak saudara dan sepupu aku yang pasangkan hiasannya. Pelamin pengantin pun free, sebab ada sedara yg jadi mak andam. Cuma baju pengantin je aku sewa dari mak andam lain. Hantaran pula, kak ipar dan kakak sepupu yg tolong buatkan....pendek kata semua orang memainkan peranan untuk memeriahkan perkahwinan.
Lima hari lagi sebelum majlis berlangsung pak sedara aku buat majlis tepung tawar rumah dan pelamin, lepas tu jiran-jiran mula tolong merebus telur pindang. Telur pindang ni cerewet sikit , rebus dalam macam2 ramuan dan ambil masa yg lama pulak.....tapi waktu-waktu beginilah yang seronok, riuh dengan hilai tawa, usik mengusik.....nostalgia sungguh!
Kini...... aku selalu merasa sebak bila semakin hampir hari perkahwinan along, anak sulungku. Segala-segala terpaksa dibuat sendiri dan di bayar upah. Khemah, sewa, masak catering, pelamin sewa..... tidak ada lagi gotong royong ,kemeriahan seperti dahulu tidak terasa lagi sebab semua saudara mara jauh, dan tuntutan pekerjaan yg memerlukan komitmen yg bukan sedikit. Hanya satu yang sering aku doakan setiap kali solat, supaya majlis perkahwinan along ini berjalan lancar dan mendapat keberkatan Allah..........