keluargaku

keluargaku

Thursday, October 29, 2009

Hujung Minggu 3

Yes! Pakwe dah balik ke rumah hari ni (29 Okt).... tak lah sunyi sangat . Tapi dia cakap petang esok dia nak balik ke Sg Petani, nak jengok emaknya di sana. Hujung minggu sudah dia tak balik sebab kerja di KL seminggu. So....hujung minggu ni aku ke Sg Petani dengan pakwe ni.
Ein baru habis periksa akhir tahun untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama, tinggal tunggu keputusan je.Ein periksa kali ni aku tak dapat beri tumpuan sepenuhnya.... kalau aku tak duduk sebelah dia, maknanya dia memang tak kan belajar. Aku harap-harap keputusannya nanti tidaklah teruk.
Aku cuma ada 5 hujung minggu saja lagi sebelum majlis perkahwinan along..... ya Allah! Sempurnakan dan lancarkanlah majlis ini....amin!

8 comments:

Azida said...

Salam Tie... Mak Abg Rosly camna? Dah ok ke? Semoga sihat.

Sekarang tentu tengah pening kan? Banyak lagi ke persipan yang nak dilakukan?

kembara kelana said...

tie....masa dah dekat...kau kena jaga kesihatan . 1312 2009 adalah nostalgia pada 1312 2008...kau pandai pilih masa...aku dan family datang..aku harap kau entrikan jemputan kat blog smsj dan minta alamat, dan berikan email kau pada mereka...sebab seelok elok nya kaulah yang jemput ...aku nak tolong boleh tak ada masalah...mmaklumat kurang

kembara kelana said...

dah banyak minggu aku baca hujung minggu...

pakroslan said...

Salam Fatimah,
aku tak pernah dengar yg majlis kawin tak de gelas pecah atau tak de telor retak... Kita manusia dan dalam majlis tu ada ramai manusia..
Tawakal aja selepas kau usaha dan doa...

fati said...

Jida, mak abg Rosly nampaknya ada perubahan sikit , kakinya dah boleh gerak ( tapi masih tak boleh berdiri lama) Tapi tangan masih tak boleh gerak lagi.
Mmg tengah pening jida, aku lagi kesian kat abg rosly, terkejar sana, terkejar sini, kerja yg melambak, mak yang sakit, anak yg nak kawin... tak sampai hati nak nyusahkan dia sangat...

fati said...

Tima kasih waklan..... betul kata kau tu, buat lega kepala aku kejap...

Anonymous said...

kak fati... first time jenguk sini, harap sudi terima kehadiran teja ye...

whoaa, makin sibuk mak dn ayah pengantin... jgn lupa jaga kesihatan, teja doakan majlis berjalan lancar.

fati said...

Teja...ahlan wasahlan! You're welcome.... tapi blog akak ni takde apa-apa pun. WakMimbar yag ajar awal-awal dulu ni .Lepas tu dapat pulak sifu mcm KK tu... dapat lah kami berinteraksi dengan lebih mudah dengan geng kekawan masa sekolah dulu.