keluargaku

keluargaku

Thursday, September 3, 2009

Solat Tarawikh

Jumaat 4 Sept bersamaan 14 Ramadhan...hai ...dah 14 hari rupanya kita berpuasa. Rasa macam baru saja kita berpuasa..... amal ibadat pun macam belum masuk gear 5 je... tak boleh jadi ni!
Aku rasa aku mula puasa masa aku berumur 6 tahun, duduk dgn tok ayah yg strick, mesti kene bangun sahur dan puasa. Bila masuk SMSJ , start solat tarawikh berjemaah ...seronok! Bila masuk MPPM pun aku tak miss pi solat tarawikh berjemaah , cuma masa tahun 2 , kena duduk rumah sewa kat luar maktab, aku malas nak ke surau untuk bertarawikh sbb surau jauh, so buat sendirian di rumah sewa. Tahun 3 masuk balik duduk dalam ( asrama baru) dapat solat tarawikh berjemaah semula bila masuk bulan puasa.
Bila kawin...aku solat tarawih kat rumah aje sebab kebetulan tiap kali aku ngandung mesti lalui bulan ramadhan ni, cuma samada awal mengandung atau tengah sarat nak bersalin. Kalau tengah awal mengandung aku mabuk teruk ( kelima-lima anak gitu)...kalau tengah sarat ( masa ngandungkan Ana , Wan dan Iqah) aku tak larat nak berdiri lama-lama, so buat kat rumah lebih selesa sambil relax-relax , makan sikit, minum sikit, duduk kejap, sulam dgn tadarus.....
Di samping tu aku juga mula latih anak-anak aku ikut sama bertarawikh se awal usia 5 tahun. Aku jadi imam..... ayah depa pi surau atau masjid. Aku mau anak-anak aku buat macam aku, tak kan tinggalkan solat tarawikh setiap kali tiba bulan ramadhan.
Di samping bertarawikh aku juga mahu anak-anak aku boleh hafal surah-surah lazim tu...., sekarang ni aku tengok along pun dah boleh imamkan solat tarawikh ( ganti aku). Anak lelaki, aku hambat dia pi solat tarawikh di surau dgn ayahnya, tapi anak-anak perempuan aku lebih suka mereka bersolat tarawikh berjemaah di rumah saja. Moga didikan aku dapat keredhaan Allah..... Amin.

4 comments:

hafizah said...

Salam Pati. Harap awak sekeluarga sihat2 saja bulan puasa ni. Betul tu Pati. Solat kat rumah pun ok. Tahun ni my hubby ada kat rumah. Jadi dia imamkan terawih kami sekeluarga. Alhamdulillah..

kembara kelana said...
This comment has been removed by the author.
fati said...

Hah? Terluka apa Sop?

kembara kelana said...

terlupa ke..bukan terluka..silap..aku ni kalau nulis banyak salah eja..