keluargaku

keluargaku

Sunday, April 26, 2009

Tiba-tiba rasa rindu

Kadang-kadang rasa pelik sikit, kita rasa rindu sangat dengan kekawan lama ni, terutama kekawan yg telah bergelumang suka dan duka semasa remaja dulu. Mungkin disebabkan kita duduk di asrama, jauh dari mak ayah, saudara mara, menjadikan kita begitu akrab dan rapat dengan kekawan ni. Aku rasa terharu sangat kalau mengenang segala kebaikan dan budi yg telah ditaburkan oleh kekawan ni (termasuk mak ayah dia orang sekali!). Memang aku tak terbalas....
Tipip....aku pernah bebarapa kali ke rumahnya di Felda Air Hitam Kluang, bermalam dan pernah dibawa oleh keluarganya menziarahi keluarganya ke Parit...( aku tak ingat). Mereka bertutur dalam bahasa jawa halus!! Puas aku dibuli mereka....tapi seronok sungguh dengan keramahan mereka semua.
Bakyah....pun gitunya juga, aku mengunjungi rumahnya kerap juga, diajar makan tempe goreng cicah sambal kicap, makan nasi ambeng....emak ayahnya yg menganggap aku seperti anaknya sendiri.
Zauyah....aku menumpang basuh baju di rumahnya di Kg Palembang Kluang, masa musim kemarau teruk 1976 . Bila aku sakit kulit (allergic) masa ting 6, ayahnya bersusah payah bawakan ubat sapu. Terharu sungguh aku....
Aliah....yg ajar aku baca buku novel Inggeris, mula-mula women weekly, lepas tu melarat ke mills & boon...untuk improvedkan English aku. Aku pun selalu ikut dia balik rumahnya di Kg Melayu Kluang, tumpang basuh baju ......
Azida....aku pun pernah ke rumahnya di Sg Abong. Emaknya 'nurse' dan ayahnya cikgu. Rumah dia cantik dan ada banyak buku. Masa di rumahnya, emak Azida bawa aku makan mee bandong muar yg sedap tu, macam boleh terasa lagi kat lidah ni....
Norlida....aku sebilik ( 2 orang saja) dengan dia masa upper six. Dia head girl, aku assistantnya, hehehe. Dia ajar aku cara penjagaan rambut ( kami berdua berambut panjang). Jadi kalau dah berdua sebilik tu , mmg lah close giler, banyak kisah suka duka di kongsi bersama...
Noraini ....ni kawan aku yg sensitif.....aku kerap kerumah dia, di batu 5 jln bakri muar. Daripada lepas sekolah (ting 6), aku kat maktab, dia kat UPM, sampailah aku dah beranak 2, dah tu bila anak aku yg no. 2 tu pulak masuk Sains muar ( noni cikgu cemerlang kat sana) aku pi lagi rumah dia......noni awat diam je, rindu sungguh kat awak!
Hafizah....yg ni nasib baiklah Norsham dok jumpa dia sebelum re union dulu. Aku cari dia melilau dari masa aku di JB dulu, terubat juga rindu aku kat dia ni bila dah dapat contact sekarang. Aku dulu dgn dia dah macam adik beradik, emak ayah dia pun dah macam mak ayah aku. Kalau balik Kota mesti singgah rumah dia dulu kat JB sebab tak berani nak naik bas malam-malam balik Tg Sedeli ( mak Ha pun tak bagi aku balik malam-malam) Ikut mak Ha pergi pasar, bila orang tanya siapa, dia kata aku anak dia....bangga giler aku. Aku janji dengan Ha dulu, ni kalau masuk belajar mana-mana kita masuk sama-sama ek..., tut. tut tut...dia dapat ITM aku sangkut buat Form 6...

Kawan-kawan lain jangan kecik hati kalau aku tak mention nama kau orang, yang aku tulis ni adalah kekawan yg aku selalu pergi ke rumah mereka dulu-dulu ...kau orang ingatlah, bila aku sms je kat kau orang, maknanya masa tu aku tengah rindu giler-gilerlah kat kau orang....Azida, Ha, Alimah, dapat juga aku main lawan-lawan komen kat blog, yg kau orang ni dok diam aje....tu yg aku sms, tak kira siang ke malam ( kadang-kadang tengah malam! padan muka kau orang , hahaha...)

5 comments:

kembara kelana said...

weiii rajin nulis hari ni...aku suka baca apa yang kau tulis, kalau kau tak tulis, aku baca apa yang kau dah tulis sampai aku naik hafal ayat seterusnya...aku tengah meeting ni...mangkuk tu citer apa tak tau..popetpopet....pening aku fati

fati said...

Perasaan nak menulis tu dari malam tadi dah...tapi segan sikit bila cik abang ni ada kat rumah, bila dia dah pi kerja, baru seronok nak nulis. Fe'el aku pulak, kalau tengah tulis, tak mau ada gangguan, kalau di ganggu, habis lupa semua....

hafizah said...

Salam Pati, betul lah cakap awak. Dulu sebenarnya bukan tak ingat, tapi mungkin bila dipikirkan macam mana nak cari mungkin"macam tak tercapai akalmu"(lagu elyana tu). Ni masing2 dah tahu kat mana rasanya kalau dekat boleh selalu kita jengok satu sama lain.Bagus juga ada blog macam ni. Pati, budi baik awak masa kat asrama tu memang tak terbalaslah rasanya. Awak ni berbuat baik mmg sangat ikhlas, tak perlu diminta.Saya selalu terharu sebenarnya. Kadang2 sakit pening awak ada tolong carikan ubat. Tak sempat sarapan, awak dah siap segelas nestum utk saya.Walaupun awak lebih muda, dari segi sifat, awak lebih matang dan'grounded'. Saya dulu agak kelang kabut. So u were always there for me. Kata org tu, because of ur friendship, I now know that the most important thing in life is actually free. Tq Pati!!!!

fati said...

Bar aku merayap sebab rumah aku jauh, masa tu kan Kota tu jauh...masuk ke Sedili lagi, lagi jauh, (abg rosly kata ulu, aku tumbuk dia!) Kalau cuti 2,3 hari ikutlah member balik rumah yg dekat-dekat macam tipip, bakyah, zauyah dan aliah. Pi rumah azida nak tengok muar...aku tak pernah sampai muar sebelum tu....
Kenangan semua tu mmg kenangan abadi , akan aku simpan hingga mati.

kembara kelana said...

aku ke kota tinggi pulak...rumah sukur atan seminggu...kat kg lukut. mimbar
blog fati kau bukan main lagi respon..yer..air mata merembehlah apa lah...blog kita kau baca kau belah...sudahlah kau wak..pergi rumah gazali tak pergi rumah aku..
ha
kau senyap jer sekrang ni..tajuk aku beri dalam blog sms tak best ke?
jangan marah