keluargaku

keluargaku

Tuesday, April 21, 2009

Australia

masa Ana konvo dulu bagi bunga, along konvo bagi kaola je!

along dengan Marrium dan Lisa

malaysian yg datang ziarah kami di rumah Yuhanis

bergambar dgn family Marrium dan mak Lisa

along dgn kawan dia..lupa nama

tengah betulkan jubah along

gambar kat Sydney Bridge

dengan pakwe berlatarbelakangkan Opera House

dalam kapalterbang mas on the way balik (muka letih)

bergambar dgn kawan-kawan along dan mak kawan dia


Kami ke Australia 4 beranak dari 16 April hingga 20 April( Hubby, aku, along dan Ein).
Along konvo pada 18 April di University of Newcastle, Sydney.
Sekarang ni di Sydney tengah autum, sejuklah sikit walaupun matahari terang benderang ( tapi tak sesejuk autum di UK).
Keluar dari airport kami ( sewa kereta) terus ke Newcastle, along nak ambik jubah dan urusan-urusan pendaftaran. Kami berehat ( menumpang) di rumah Yuhanis ( student UPSI yg buat PhD) selama 2 malam di situ. Malam tu ramailah student medic yg dtg ziarah kami sekeluarga (dia orang ni mmg close sbb kat situ tak ramai malaysian ).
Ahad pagi kami bertolak semula ke Sydney, round-round dan beli buah tangan sikit. Kami menyewa di motel Marco Polo...makan di kedai Siam. Belah malam kami meronda ke Sydney Bridge dan Opera House....punya lah letih! Along ajak pi makan 'pancake on the rock ' pulak....
takpelah...ikut je sbb tengah celebrate dia pun...hehehe
Hari isnin pagi sebelum pi pulang kereta sewa, sempat lagi pi window shopping ( sangkut jugak beg tangan satu! Hahahahaha). Lepas tu rushing pi airport untuk check in...pukul 2 ptg waktu sana, kami pun bertolak pulang ke Malaysia.....alhamdulillah, rasa seronok sangat!

13 comments:

chef esty said...

Assalamualaikum, salam kenal
Apa Boleh bertukar link?
Www.iceteachantiq.blogspot.com

fati said...

Boleh saja chef esty

Citra Alam said...

Tie ,
Tahniah buat along , sampai jugak hajat yang tinggi tu . Tahun ini bertopi berjubah , tahun depan apa agaknya rancangan...makan nasi minyak kot ...mudah-mudahan... Jangan tunggu lama-lama .

fati said...

Hari tu matkhir pun sebut tntg nasi minyak.... insya Allah kalau ada jodoh kami tak kan lupakan kekawan semua. Sekarang ni tengah sebok dengan houseman lagi...
Bila ckp pasal jodoh anak-anak ni , rasa mcm belum puas lagi bermanja dengan anak-anak , rasa sayu je nak lepaskan anak-anak jadi milik orang ek... ( agaknya itulah rasa ibu kita dulu bila kita bernikah ye!)

Member Hj Md Sirat said...

Tahniah khasnya untuk Along dan abg Rosli & Fati amnya.

hafizah said...

Pati, seronok nampaknye! Saya pun tumpang seronok lah. Romantiknya gambar awak dgn pakwe tu. Admire la loving couple macam awak ni. keep it up!
Along dah ada pakwe ke?? Kalau ada, ok lah tu.

fati said...

Ha...bukan senang nak ajak dia gambar gitu..dulu lagi teruk! Sekarang ni sejak anak-anak dah besar, selalu kena kutuk dgn anak-anak barulah pandai nak gambar gitu-gitu....( pemalu ya amat!)hehehe
Biasalah budak-budak ni, umur pun dah 25 tahun (pati dulu dah ada 2 anak masa umur tu) Adalah jugak....tapi sbb dia tgh sebok dgn housemanship ni, so kami suruh relax dulu ( tak mau tunang lama2, takut jadi mcm mak dia! Hahahaha)

Azida said...

Salam. Tahniah buat along. Hahaha... Fati dah buka gite lama... Usop, tak nak cakap ape2 ke?

fati said...

Jida, nak tutup balik x file ni...hehehehe ( memedihkan! dan satu pengajaran....jangan bertunang lama-lama, banyak yg tak elok dari elok)

hafizah said...

Pati, sebenarnya gambar2 mcm ni tidak ternilai buat kita. Kalau boleh print dan simpan. Dulu masa pati first time dtg rumah saya, sebenarnya ha tengah sibuk kumpul gambar2 sekeluarga. Tengah projek buat scrap book as birthday present for my husband. I think he appreciated the gift.
Sekarang sejak ada digital camera ni gambar2 tak mudah dicari. Tak tahu kat file mana,hard disk mana malas nak cari. Kadang2 album dulu2 lebih bagus.

fati said...

Betul lah Ha...album cara dulu rasanya lagi bestkan. Tapikan album gambar fati zaman kita sekolah dari f1 hingga f5, habis kena makan anai-anai tau, sayang sungguh, yg ada gambar-gambar masa f6 dan kat maktab...tapi ada 2 keping gambar Ha yg terselamat...yg tocang 2 tu dgn yg kat ITM dulu...

NoRT said...

Tahniah buat Along n ibu yg melahirkan....

fati said...

Terima kasih NoRT