keluargaku

keluargaku

Thursday, April 9, 2009

Birthday Iqah


Nur Syafiqah Rosly

9 April...hari jadi Iqah yg ke 14.
Anak aku yg ke 4 ni unik sikit. Dia di lahirkan di UK ( masa ayah dia buat PhD kat sana). Dia satu-satunya anak aku yg di lahirkan menyongsang ( lipat kijang) yang menyebabkan aku nyaris-nyaris kena bedah ( doktor tengah sedia nak bius...punggung dia dah keluar dulu!). Selain dari itu dia paling tinggi dari kakak-kakaknya ( hampir menyamai ketinggian abangnya).
Doa emak untuk Iqah
moga Iqah jadi anak yg soleh, panjang umur, selalu sihat, ceria dan jadi orang yang cemerlang di dunia dan di akhirat Amin....

emak ayah sayang Iqah selalu...

7 comments:

Kembara Kelana said...

aku dah jumpa si iqah ni..selamba jer orangnya..ok mah..mengikut pengalanan aku..usia macam tu memang lah...kuat berangan sikit..mah nak tanya..iqah tu dah ada pak we ke? hehehehehe..besan kita mah besan..gurau jer mah..

fati said...

Memang anak remaja ni gitulah...kita dulu pun gitu jugak lah ek....hehehe
Kalau ada jodoh berbesanlah kita ek...kah, kah, kah ( kau anak lelaki sorang beb, segak pulak tu...mesti ramai anak dara berkenan tu!!)

Member Hj Md Sirat said...

Iqah!
Jadilah anak kebanggaan ibu dan bapa..

Kembara Kelana said...

mimbar skema...gurau sikit bar..kau ni serius jer...

Member Hj Md Sirat said...

Ala biasa je Sop!

Azida said...

Salam. Aku tak leh bayangkan kalau fati berbesan dgn Usop... gamat jadinya bila abg rosli, fati dan usop berkumpul... hehehe

fati said...

Yelah Jida....saja Usop melawak tu.
Anak bujang dia tu segak kau tau, pandai berbahasa dgn org tua-tua ni, aku gerenti mesti banyak anak dara sangkut tu ( bukan macam ayah dia masa sekolah dulu....anak dara takut,
hahaha....jgn marah marah Sop , aku gurau je)