keluargaku

keluargaku

Sunday, April 5, 2009

4 - 5 April

Sabtu 4 April, selepas siapkan urusan rumah, aku , suami dan Ein ke rumah Normah & prof Mustamam, ada khenduri doa selamat. Sembang punya sembang sapai pukul 3 ptg, kami terus ke SMKA Slim River ,beli dan hantar bekalan makanan untuk Iqah ( aku tak sempat nak ambik baju kurungnya yg baru ku jahit). Nampak merajuk pulak si Iqah ni....

Ahad 5 April, lepas sarapan aku terus goreng mee hoon untuk hantar kat Iqah ( bersama baju kurungnya yg tertinggal semalam). Ceria sedikit mukanya...aku balik ke rumah dan mula bertolak ke KL...singgah di Kepong ada urusan sikit ( tapi lama jugak dok menunggu..) Kemudian bertolak ke Shah Alam, 'house warming' di rumah Ha pulak. Bila sampai dah dekat pukul 4 ptg, Azida dan Norlida dah sampai. Elok aku sampai hujan pun turun......dulu masa MG kat rumah Azida pun hujan turun...hujan rahmat..... Terima kasih Ha, kerana panggil kami. Hilang sekejap rindu terhadap kawan-kawan masa sekolah dulu ( kadang-kadang sampai terbawak dalam mimpi!)

Setinggi-tinggi ucapan terimakasih dan penghargaan yg tak terhingga kepada suami-suami kami yang sanggup bersusah payah menghantar kami ke rumah sahabat kami demi sebuah persahabatan..... kerana tanpa mereka sudah tentu kami payah untukbertemu dgn kekawan semua....alhamdulillah...lain kali kami nak minta tolong lagi....hehehehe

2 comments:

fati said...

Sampai ke akhir hayat kami hendaknya...Amin!!!

fati said...
This comment has been removed by the author.