keluargaku

keluargaku

Sunday, February 8, 2009

Bosan

Sehari dua ni aku tak berapa seronok nak mengadap computer.
Rasa bosan, sebal dan geram dengan situasi politik semasa .
Bila suami ajak mengecat tembok pagar rumah, aku menurut saja (selalunya aku buat derk aje , malah aku sanggup nak bayar upah orang mengecat).
Bila tengahari , aku pergi jemputan orang kenduri kawin pulak....so, cuti hujung minggu + cuti Thaipusam ni, di habiskan dengan mengecat tembok pagar rumah dan mengemas rumah je....

5 comments:

Member Hj Md Sirat said...

Aku pun Fati.. tapi Sabtu ke laut. lum sempat nak update blog..
Aku dah call Usop.

Azida said...

Salam. Mesti cantik dah tembok rumah tu... nanti masukkan le gambarnya. Aku ke Melaka pada cuti Thaipusam tu.. melayan karenah anak2, alaupun dah dewasa, penat sungguh....

Aku akan duduk PTK TK5 dari 16 feb hingga 25 feb... so sorry la kalau nanti lama tak kunjung blog ye...

fati said...

Zida, kau tau abang Rosly dah jadi Obama...hahaha...gelap giler sebab mengecat tengah-tengah panas buta! Student dan jiran tanya pi berkelah kat mana....dia kata bini paksa cat tembok pagar....laa aku jugak yg kena....

Kembara Kelana said...

KAU TAK KELAUT kau tak sempat update blog kenapa kau call aku mimbar, aku pun tengah buatkan PTK 52 kertas individu tu..dia merayu rayu suruh aku buat jugak...boringnya aku..dia lulus aku..;penat, member punya pasal...tak kisahlah..
biasalah laki akan gunakan bini dan bini gunakan laki sebagai front defence..dalam bicara...aku?
berpadu dengan suara ombak...dan rasanya lama lama aku jadi ikan duyung kut.

fati said...

...lama-lama kau bukan jadi duyung sop, tapi jadi dugong...hahaha, jgn mare, gurau je tau!