keluargaku

keluargaku

Sunday, February 15, 2009

Mengemas Stor

Hari ni datang angin aku nak mengemas stor. Bukan apa , dok fed-up suami dan anak-anak cari barang-barang dia orang tak jumpa.
"Ti...mana wire extention. Ti...mana itu, mana ini......lepas tu, mak.... mana buku itu buku ini, mak mana barang itu, barang ini......",hey, pening kepala aku!
Pulaknya aku ni pun dah makin tua, lupa mana aku simpan barang-barang. Kalau aku dah simpan, jawabnya memang payah orang nak jumpa!
Hah, lega rasanya bila tengok stor dah lapang balik, kemas dan tersusun ( depa ni suka main baling-baling je!) Dan mana-mana barang yg depa cari semuanya dah jumpa....alhamdulillah!

3 comments:

fati said...

Bar,
kau tau, masalahnya, elok-elok aku dah susun dan teratur, bila depa ambik, depa tak letak balik kat tempat yg depa ambik...tu yg berterabur balik...kata abang Rosly , kalau tak, aku takde kerja....isy, isy, isy..dia jealous tengok aku dok kat rumah je....

kembara kelana said...

kau memang saja penatkan badan kau tu fati biar kau dapat "rehat" bila diperlukan, tu taktik tu taktik.
bab bersepah ni, kau akan menemui satu ketika dimana rmah kau begitu bersih sekali, iaitu bila semua anak kau dah kawin..tapi aku takut kau dgn abg rosli pulak yang menyepahkan benda benda sebab tak jumpa cari barang...aku cadangkan kau, kau jangan kemas, kau biarkan rumah kau bersepah selama sebulan. kau ambil jer gambar setiap hari. cukup sebulan kau buat powerpoint presentation...masri kita saksikan bakat kita menyepahkan rumah..kau jangan cerita plan kau ni..sapa punggah bantal kau ambik, sapa bangun tak kemas kau ambik, sapa buang sampah rata kau ambik..termasuk abg rosli sekali.. lepas tu baru kau bincang sama sama macamana nak seattle masalah. itu namanya penyelesaian kaloboratif. apacam/

fati said...

Pandai la kau Sop....buatnya masa aku tak kemas tu ada orang datang... tak ke haru aku? Nnt orang kata aku juge...tak kerja pun rumah bersepah. Malu aku....