Pernah dengar ke nama mentarang ni?
Aku org johor , tau tentang mentarang ni bila kawin dengan orang perlis
Bila pak mentua bawa balik mentarang dan suruh aku masak, aku blur......
Nak masak macam mana?
So , ni satu resepi mak mentua ajar:
Masak mentarang dengan kulit tembikai
Guna air belacan
Potong bawang merah
Didihkan
Masuk mentarang yg telah di kopik kulitnya
Masuk kulit tembikai yg dah dibuang kulit luar nya
Bubuh garam
( aku tambah pak aji sikit)
Masak sampai kulit tembikai agak lembit
Resepi 2
Mentarang goreng air asam
Bawang merah dan bawang putih di racik dan tumiskan dalam sedikit minyak
Masukkan mentarang
Masukkn air asam jawa
Garam dan sedikit pak aji
Tambah cili merah hiris
Dah boleh makan dgn nasi panas
Sedap giler
keluargaku
Thursday, June 12, 2014
Wednesday, June 11, 2014
Orkid
Dah lama tak beli orkid
Bila along pergi cameron highland, saja gatal mulut pesan kalu jumpa orkid hutan cantik2 tolong belikan untuk mak.
Sunday, June 1, 2014
Saturday, April 5, 2014
Ikat rambut
Setiap pagi sebelum pergi sekolah, anak bungsu aku akan hulurkan getah rambut dan sikat kepada aku. Dia tak pandai ikat rambut sendiri dengan kemas, dan dia tak suka potong rambut pendek. Jadi rutin ikat rambut ni mula dari dia tadika hingga sekarang dah darjah enam dah jadi tugas wajib aku!
Aku mengusik dia, kalau tahun hadapan dia dapat masuk asrama, siapa yang nak ikat rambut dia pagi-pagi? Jawab dia, " kakak senior lah" Aku ketawa terbahak2. Hendaklah pulak kakak senior melayan ikat rambut dia! Dia kata kalau kakak senior tak mau, minta tolong dengan warden. Lagi aku ketawa terbahak2 kat dia. Aku kata ingat warden tu takde kerja lain ke nak tolong ikat rambut adik? Hihihi.....
Lepas tu aku tanya dia, kalu mak dah tua, mak tak boleh nak ikat rambut mak sendiri, adik nak tolong ikat rambut mak tak? Selamba je dia jawab...... Tak nak, sebab rambut mak kan pendek! Hahahahah bertuah punya anak.....

Wednesday, March 19, 2014
Rumah pusaka
Bila pulang dari umrah Dec lepas, aku bergegas balik kampung kerana kematian tok sedara aku. Inilah tok sedara yang paling aku sayang selepas tok aku sendiri yang membesarkan dan memebela aku hingga aku kawin. Tok sedara inilah seperti pengganti kepada tok aku yang telah lama meninggalkan aku. Sekarang giliran dia pulak meninggalkan aku........ Aku terasa seperti ada lompang dalam hati aku......
Sebelum pulang ke rumah aku , mak berbisik minta di baiki bumbung rumah tok aku yang sekarang ni di diami oleh mak. Bila hujan, bumbung bocor dan rumah basah. bila aku melangut ke atas aku nampak banyak jejak anai-anai di kayu2 bumbung.
Rumah itu sudah berusia lebih kurang 50 tahun. 10 tahun lalu aku sudah baiki dan perbesarkan dapur. Nampaknya sekarang aku terpaksa baiki bumbung dan kayu yang di makan anai2 pula. Aku rasa dada aku ketat.......aku hanya seorang anak perempuan.....
Sebuah hadis Nabi yang bermaksud bersedekahlah kepada ibu bapa dan kerabat yang terdekat jika mereka lebih memerlukan, sebelum bersedekah kepada yang lain adalah lebih baik...... , meredakan rasa ketat didada.
Jadi sekarang sudah masuk minggu yang ketiga , rumah pusaka sedang di renovate, ganti seluruh bumbungnya, siling, wiring baru, mak nak bilik baru dan bilik air baru yang bersebelahan dengan biliknya, serta lantai tile...... Ya Allah yang tuhanku, cukupkanlah dan perluaskanlah rezekiku agar dapat aku menyempurnakan rumah impian ibuku yang juga rumah pusaka nenek kesayanganku...... Aamiin

Thursday, March 13, 2014
Mula semula
Wah, jakel dah lama hantar sms (berkali2) tentang sale untuk raya.
Aku buat derkkkkk je!
Tetiba anak dara aku sound," mak tak mau buat baju raya ke tahun ni?"
Haah ye........
Aku kena jahit baju awal- awal sebab......
1) nanti Ana nak pindah ke UMP, pertengahan mei nanti
2) along nak bersalin pertengahan bulan Julai nanti dan akan berpantang di rumah aku
Dan Ikah dah sebok kat UIA, x boleh nak bantu aku potong dan jahit baju lagi! Huaaaaaa.......
Kalu macam tu, cuti sekolah minggu depan aku kena pi beli kain.
Kalau dua pasang sorang.......... Aku, ikah, ein, amilia.......
Pakwe? wan? Along.?......emak kat kampong...... Alamak.....tema apa ye?
Tak boleh jadi, tak boleh jadi.... kena mula semula jahit baju nih......

Tuesday, January 14, 2014
Tahun Baru
Sudah 16 hari tahun baru 2014 berlalu.
Sudah hampir 2 bulan tidak update blog ini.
Macam biasa, kesibukan dan mood menjadi punca.
sepanjang cuti sekolah hujung tahun lalu, aku di sibukkan dengan menjaga cucu di Kajang, demi ingin melihat anak ku mengnyiapkan phD nya dengan segera.
Berulang alaik Kajang dan Tangjung Malim, sungguh meletihkan di sampaing faktor usia yg sudah memamah kebanyakan tenaga.
Dalam kesibukan itu , kami meluangkan masa untuk pergi menghadiri kursus utk umrah di hujung minggu. Persediaan utk ke Mekah hanya dpt dilakukan di saat -saat akhir sebelum berangkat.
Banyak undangan kenduri kahwin yang tidak dapat hadir..... Berbanyak maaf wahai sahabat, insya Allah di lain masa jika di panjang kan usia.....
Pulang dari umrah ( moga Allah mengurniakan umrah maqbul buat kami)... Berkejar dengan penyediaan anak bungsuku untuk ke sekolah pula.....
Ya Allah kurniakan kepada kami keimanan yang tinggi, tenaga yang kuat dan rezeki yang murah, agar dapat kami beribadah kepada mu dengan sempurna......aamiin

Subscribe to:
Posts (Atom)