Bila pulang dari umrah Dec lepas, aku bergegas balik kampung kerana kematian tok sedara aku. Inilah tok sedara yang paling aku sayang selepas tok aku sendiri yang membesarkan dan memebela aku hingga aku kawin. Tok sedara inilah seperti pengganti kepada tok aku yang telah lama meninggalkan aku. Sekarang giliran dia pulak meninggalkan aku........ Aku terasa seperti ada lompang dalam hati aku......
Sebelum pulang ke rumah aku , mak berbisik minta di baiki bumbung rumah tok aku yang sekarang ni di diami oleh mak. Bila hujan, bumbung bocor dan rumah basah. bila aku melangut ke atas aku nampak banyak jejak anai-anai di kayu2 bumbung.
Rumah itu sudah berusia lebih kurang 50 tahun. 10 tahun lalu aku sudah baiki dan perbesarkan dapur. Nampaknya sekarang aku terpaksa baiki bumbung dan kayu yang di makan anai2 pula. Aku rasa dada aku ketat.......aku hanya seorang anak perempuan.....
Sebuah hadis Nabi yang bermaksud bersedekahlah kepada ibu bapa dan kerabat yang terdekat jika mereka lebih memerlukan, sebelum bersedekah kepada yang lain adalah lebih baik...... , meredakan rasa ketat didada.
Jadi sekarang sudah masuk minggu yang ketiga , rumah pusaka sedang di renovate, ganti seluruh bumbungnya, siling, wiring baru, mak nak bilik baru dan bilik air baru yang bersebelahan dengan biliknya, serta lantai tile...... Ya Allah yang tuhanku, cukupkanlah dan perluaskanlah rezekiku agar dapat aku menyempurnakan rumah impian ibuku yang juga rumah pusaka nenek kesayanganku...... Aamiin
No comments:
Post a Comment