Yeah Hahh.... !
2 Jan dah start semula jadi supir. Hantar dan ambik Ein dengan amilia dari sekolah kebangsaan dan sekolah agama.
3 Jan tambah lagi sorang penunpang, Iqah...... hantar Iqah ke Giat Mara di Kalumpang, sementara tunggu result SPMnya keluar. Dia kata sama je dgn kekawan yg kena PLKN, cuma dia boleh balik tidor kat rumah sendiri je.
Idea untuk mohon kursus di Giat Mara adalah idea pakwe aku. Dia tengok anak kawannya buat kursus tu, dah boleh jahit baju. Dia nak Iqah dapat skill menjahit tu. Kalau mak dia yg ajar sendiri tentu tak jalan .... so hantar giat mara tu, profesional sikit....heheheheh .
So, memang pakwe aku tu suruh anak dara dia ambik kursus Dressmaking n fesyen, selama 6 bulan, then dapat sijil.....
Jadi selama 6 bulanlah aku akan berulang alik ke Kalumpang pukul 8 pagi dan ambik 5 petang selain memang permanent supir untuk Ein dan Amilia....huhuhu
Dan sebagai imbuhan...... pakwe aku tukarkan myvi aku kepada Honda Jazz Hybrid baru! Alhamdulillah, bersemangat giler supir nih!
keluargaku
Wednesday, January 2, 2013
Tuesday, December 11, 2012
29 th Wedding Anniversary
Alhamdulillah
Pada 8 Dec 2012 yang lepas genaplah usia perkahwinan kami yang ke 29 tahun.
Tak terasa masa yang beredar, rupanya sudah hampir 3 dekad kami hidup bersama.
Segala suka duka kami lalui bersama.
Segala pahit manis kami hadapi bersama
Segala susah senang kami harungi bersama....
Semoga kasih sayang kami terus mekar hingga nyawa bercerai dari badan.....
Monday, November 19, 2012
Koleksi orkid yang sedang berbunga di laman teman
Alhamdulillah.....
Seronok bebenar teman nengok bunga-bunga orkid di laman teman ni.
Ada yang teman tunggu dah lama sangat....akhirnya dia berbunga juga....
Seronok bebenar teman nengok bunga-bunga orkid di laman teman ni.
Ada yang teman tunggu dah lama sangat....akhirnya dia berbunga juga....
Tuesday, November 13, 2012
Tuesday, November 6, 2012
Bakawali berkembang lagi....
Subhanallah, laman rumah semerbak harum lagi bila bunga-bunga bakawali berkembang mewangi di malam hari.
Pakwe ni setiap kali bakawali mengembang dia pasti akan merakamkanya dalam kamera.
Di bulam ramadhan lalu bunga bakawali mengembang lebih 30 kuntum serentak! Kali ini pula dia ada 2 batch, malam kelmarin lebih dari 17 kuntum, dan malam tadi pun lebih kurang begitu juga...
Wednesday, October 24, 2012
Thursday, October 4, 2012
Tinggi
Week end sudah, bila along balik rumah, Ein yang bukakan pintu. Along menjerit kat Ein..."awat hang makin tinggi!". Lepas tu dia jerit kat aku pulak.." mak! anak mak ni dah nak sama tinggi dengan along. Mak perasan tak?"
Laa...mana aku nak perasan, hari-hari dok tengok ein, mana perasan dia makin tinggi, tapi perasanlah seluar dia banyak yg senting, padahal baru beberapa 3 , 4 bulan lepas je beli. Aku perasan yg kaki dia dah sama saiz dengan kaki aku sebab dia dah muat semua kasut aku. Bila along tegur gitu, baru aku tersedar yg anak bungsu aku sudah makin tinggi.... dan bila along suruh Ein berdiri sebelah aku, dgn happynya along kata,.." tinggal sebelah kelapa lagi Ein nak sama tinggi dengan mak..."
Tahun depan Ein naik darjah 5, aku rasa masa aku darjah 5 dulu pun aku ni antara murid yg besar dalam kelas.
Masa form 1 pun aku antara murid yg besar dalam kelas, so aku dilantik jadi ketua darjah. Budak lelaki tak berani nak buli aku. Masa tu tinggi aku dalam 4 kaki 10 inci dan berat pula ialah 112 lbs(lebih kurang 51 kg) tapi bila form 5, tinggi aku cuma naik 1cm je, dan berat aku masa nak kawin tinggal 39 kg.....
Agaknya aku jenis cepat membesar ... dan bila lepas form 2 je pembesaran aku berhenti. Along dan Ana juga rasanya lebih kurang begitu, tapi Iqah lain sikit, dia mula membesar selepas form 2, (mungkin faktor hyperthyroxin yg dia hidapi) dan sekarang Iqah adalah anak perempuan aku yg paling tinggi dan besar.... Ein aku tak boleh nak ramal lagi.....

Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)