keluargaku

keluargaku

Thursday, October 4, 2012

Tinggi

Week end sudah, bila along balik rumah, Ein yang bukakan pintu. Along menjerit kat Ein..."awat hang makin tinggi!". Lepas tu dia jerit kat aku pulak.." mak! anak mak ni dah nak sama tinggi dengan along. Mak perasan tak?"
Laa...mana aku nak perasan, hari-hari dok tengok ein, mana perasan dia makin tinggi, tapi perasanlah seluar dia banyak yg senting, padahal baru beberapa 3 , 4 bulan lepas je beli. Aku perasan yg kaki dia dah sama saiz dengan kaki aku sebab dia dah muat semua kasut aku. Bila along tegur gitu, baru aku tersedar yg anak bungsu  aku sudah makin tinggi.... dan bila along suruh Ein berdiri sebelah aku, dgn happynya along kata,.." tinggal sebelah kelapa lagi Ein nak sama tinggi dengan mak..."
Tahun depan Ein naik darjah 5, aku rasa masa aku darjah 5 dulu pun aku ni antara murid yg besar dalam kelas.
Masa form 1 pun aku antara murid yg besar dalam kelas, so aku dilantik jadi ketua darjah. Budak lelaki tak berani nak buli aku. Masa tu tinggi aku dalam 4 kaki 10 inci dan berat pula ialah 112 lbs(lebih kurang 51 kg) tapi bila form 5, tinggi aku cuma naik 1cm je, dan berat aku masa nak kawin tinggal 39 kg.....
Agaknya aku jenis cepat membesar ... dan bila lepas form 2 je pembesaran aku berhenti. Along dan Ana juga rasanya lebih kurang begitu, tapi Iqah lain sikit, dia mula membesar selepas form 2, (mungkin faktor hyperthyroxin yg dia hidapi) dan sekarang Iqah adalah anak perempuan aku yg paling tinggi dan besar.... Ein aku tak boleh nak ramal lagi.....

5 comments:

Juliana Jalil said...

masa sy skolah rendah dulu sy pun antara yg tinggi...kalau beratur mesti kena berdiri kt belakang..hehehe..

fati said...

Terima kasih Juliana kerana sudi singgah blog ni....

Su said...

Salam kak..blogwalking tersesat ke sini..hehe.. seronok baca kisah org byk pengalaman ni ;)jumpa lg kak..

fati said...

Terima kasih Su...walaupun tersesat, hehehehe

fati said...
This comment has been removed by the author.