Isy! awatlah malam ni takde mood nak menjahit baju nih! Nak snap gambar baju yg berlonggok tunggu nak di jahit pun takde mood jugak. Mata dah pedih...berair lagi. Tadi anak bungsu tu dah tolong buatkan nescafee O untuk mak dia yang mamai nih. Solat hajat pun dah baca meraban-raban. Lepas pekena nescafee tu, buat semula solat hajat tu....
Jangan salah anggap ye....aku tak ambik upah jahit baju. Tapi baju-baju yang nak dijahit tu ialah baju yang nak dipakai masa Ana nak nikah dan sanding nanti. Bayangkan sorang 2 helai, ada 4 anak perempuan, tak termasuk mak depa lagi!. Tinggal lebih kurang 3 bulan lebih sikit je lagi nak buat majlis kawin Ana. So aku kena siapkan awal-awal bab baju ni, boleh fokas kat benda lain pulak. Langsir belum beli lagi tu nak kena jahit jugak..... tolong!
6 comments:
Salam, buat pelan-pelan tentu siap juga nanti. Nak dapat menantu rupanya akak kita ni.. tahniah dari che mid..
Menantu ke 2 che Mid... terima kasih. Semalam tu agaknya keletihan sangat, sbb tu takde mood . Pagi ni dah ok , boleh sehelai dah settle...
mak chik...oh mak cik...kodai banyak mak chik..buat apa kau menjahit..
Ko tau KK, pakwe aku baru beli mesin jahit baru, so, dia nak aku guna sampai cukup modal dia beli mesin tu....
Fati,
Nanti bila dah beli langsir tu, pass la ke Johor ni. Boleh Lila tolong jahitkan... Bab jahit baju tak berapa pandai... Bab jahit langsir boleh la sikit-sikit... Kita kan surirumah sepenuh masa...
Mekasih Lila...kalu dok dekat2 boleh gak mintak tolong lila kan...
Post a Comment