keluargaku

keluargaku

Monday, January 30, 2012

Makanan Dulu-dulu

Entah kenapa hari ini aku teringat makanan kegemaran aku masa zaman budak-budak dulu. Sekarang ni rasa macam dah tak pernah jumpa pulak. Nak buat sendiri takut tak jadi sebab tak pernah mintak resepi  makanan tu semua. Terbayang-bayang kat mata gambaran makanan tu semua. Antaranya:
1. rojak betik muda yang diparut dgn kuah ikan (rasa masam manis dan pedas). Aku  makan ni time ada persembahan wayang cina tangan labuh kat kampung aku.
2. apam dewa. Rasa manis, macam bahulu, warna kuning.
3. gula tarik. Warna perang, dibuat sendiri dirumah tok sedara.
4. gula kirai. Warna pink, macam rambut kusut di salut tepung gandum.
5. Sagun tepung... yang ni ada orang jual kat Sg Dua. Aritu makan mee udang, jumpa sagun ni beli dan makan. Silap sikit boleh tersedak beb!
Itulah antara makan kesukaan masa kanak-kanak. Bila masuk asrama je, dah tak jumpa. Balik sekali sekala ke kampung, mana nak dapat. Sampai lah laa nih! Sedih.....

Thursday, January 26, 2012

Rezeki dan Takdir

Along baru balik dari JB beritau kat aku yg kawannya masa di MRSM Jasin dulu baru kawin. Kawan along ni dulu dapat 4 .0 masa kat matrik, sekarang dia jadi cikgu.
Ari tu Ana citer kawan dia yg dapat pointer 3.5 masa first degree kat UTM ( kursus math) jadi cikgu GSTT, lepas 2 tahun baru dapat buat DPLI kat UPSI kursus PJK!
Dan ada banyak lagi cerita yang aku dengar tentang budak2 yang sangat cemerlang masa di sekolah dan buat first degree kat U, tetapi akhirannya hanya biasa-biasa saja. Di mana silapnya? Takdir?
Aku dulu pun masa sekolah di SMSJ, among top 5 dalam kelas. SPM 1st grade. Tapi sekarang jadi apa? Ramai kawan-kawan aku yang menjawat jawatan tinggi sekarang ni walaupun masa sekolah dulu result aku  lebih baik dari mereka. Dah rezeki ..... kekadang rasa rendah diri menguasai diri bila berjumpa kawan-kawan sekolah dan bertanyakan pekerjaan kita.
Tak dinafikan memang ramai yang lain yang perjalanan hidup mereka terus mendaki puncak, dari sejak sekolah lagi. Dan ada yang bernasib tersangat baik, kerana masa di sekolah dan di universiti hanya pelajar biasa-biasa saja, tapi dia akhirnya dapat menggapai ke puncak.
Inilah kehidupan kan...

Wednesday, January 18, 2012

Memulakan keluarga

Masa aku baru kawin dulu, aku belum dapat tempat posting mengajar. Yang pakwe pulak baru mula kerja di PUSPATI setelah pulang dari UK buat master. So. kami menumpang dulu duduk kat rumah adik pakwe kat KL sementara tunggu keadaan stabil sikit. Bila aku dah dapat posting ( sekolah di Raub) , aku duduk menyewa bilik di Raub, share dengan cikgu anak dara, dan pakwe cari rumah sewa di Kajang. Jadilah kami suami isteri hujung minggu .

Aku ingat lagi, bila ada rumah sewa sendiri di Kajang, pakwe mula beli set bilik tidur, peti ais, dapur 2 tungku dan TV dan mesin basuh sedikit-sedikit. Mak aku bekalkan kami pinggan mangkok. Mak pakwe bekalkan kami periok belanga. Lama-lama lengkaplah rumah tangga kami yang simple-simple je. Di Raub aku hanya ada sebuah katil bujang dan satu almari baju plastik ( yg pakai zip tu). Kebanyakan hujung minggu aku akan balik ke Kajang. Masa tu pakwe belum ada kereta, so, berulang dengan bas lah kami ni.

Bila along kawin, dia menyewa flat kat KL. Kami guna duit hantaran along tu untuk belikan dia set bilik tidor, peti ais, dapur dan almari dapur. Tv lama kami pun kami berikan pada along. Begitu juga dengan mesin basuh baju. Pinggan mangkok dia dapat dari hadiah perkahwinannya yang diberi oleh rakan-rakan. Kami nak anak kami sempurna bila memulakan hidup berkeluarga. Untungkan budak-budak sekarang!

Tak lama lagi Ana pulak nak berumah tangga, so kami perlu buat pada Ana macam mana kami buat pada Along.... mudah-mudahan kami dimurahkan rezeki.... amin...

Monday, January 16, 2012

Berkecamuk!

Aduh mak ai...berkecamuk rumah aku yg kat tingkat atas tu.
Lepas Wan dan Zul tolong cat bilik Ana ( dulu  warna pink, ni tukar pi warna kuning air pulak), taklah aku kemas lagi sebab pakwe tu nak dok alih kipas dan lampu di siling.
Semalam baru siap alih kipas dan lampu siling. Habis kena alih semua barang-barang dalam bilik Ana. Penuh kat hall atas tu . Bila aku nak kemas, pakwe kata biar sat sebab nanti depa nak mai pasang almari pulak.
Lepas tu entah minggu bila pulak nak pasang air con pulak.
Isy, tak boleh kemas situlah jawabnya. Tunggu tuan punya bilik tu balik jelah baru kemas.
Pening kepala aku tengok benda-benda yang berkecamuk ni!
Kepala aku pun jadi berkecamuk.
Tapi aku tengok pakwe tu relek je... aku ingat dia tak kesah, tup-tup dia suruh aku tarik mai almari  pi masuk bilik aku! Huh? Boleh patah pinggang aku....  (dia ingat bini dia ni muda lagi ke?)

Friday, January 13, 2012

Takde Mood

Isy! awatlah malam ni takde mood nak menjahit baju nih! Nak snap gambar baju yg berlonggok tunggu nak di jahit pun takde mood jugak. Mata dah pedih...berair lagi. Tadi anak bungsu tu dah tolong buatkan nescafee O untuk mak dia yang mamai nih. Solat hajat pun dah baca meraban-raban. Lepas pekena nescafee tu, buat semula solat hajat tu....
Jangan salah anggap ye....aku tak ambik upah jahit baju. Tapi baju-baju yang nak dijahit tu ialah baju yang nak dipakai masa Ana nak nikah dan sanding nanti. Bayangkan sorang 2 helai, ada 4 anak perempuan, tak termasuk mak depa lagi!. Tinggal lebih kurang 3 bulan lebih sikit je lagi nak buat majlis kawin Ana. So aku kena siapkan awal-awal bab baju ni, boleh fokas kat benda lain pulak. Langsir belum beli lagi tu nak kena jahit jugak..... tolong!


Monday, January 2, 2012

Naik Sekolah

Fuh! lusa , sekolah dah buka semula. Iqah, Ein dan Amilia akan mulakan sesi persekolahan depa. Iqah naik ting 5, ein darjah 4, amilia darjah 3. Masing-masing dah siapkan peralatan dan baju sekolah. Bersemangat nampak, sebab semua baru. Dalam bilik utiliti tu berderet baju-baju depa gantung di hanger... putihhhhh  ( tak lama tu  kelabu lah bagi amilia dan ein).
Esok kena hantar Iqah balik asrama... harap-harap dia akan study kuat-kuat tahun ni, tinggal setahun je sekolah , nanti nak ambik SPM pulak. Aku selalu cakap lepas sekolah nanti dah tak merasa nak pakai uniform sekolah lagi...heheheh.
Ein kena lantik jadi pengawas , so tahun ni kena pakai baju kemeja putih dan blazer. Yang tak syoknya, tahun ni undang2 baru pengawas kena pakai blazer hari-hari! Mati anak aku tu...dah lah kuat berpeluh, baju dua tiga lapis! Kononnya nak serapkan semangat korporat kat bebudak tu...eh, korporat mesti pakai blazer ke?