keluargaku

keluargaku

Wednesday, October 19, 2011

Zaman sekolah

Mula sekolah rendah pada tahun 1968 di SK Sedili Besar. Sekolah kampong, bercampur lelaki perempuan. Cikgu-cikgu semuanya terdiri dari orang luar daerah. Ada yang baik ( aku sayang sangat) ada yang garang... kalau dia masuk kelas, kecut perut aku! Suka bagi penampar pada budak2 ( zaman tu takdelah mak bapak nak saman!)
1969 aku pindah ke seberang sungai Sedili , SKSeri Setia Jaya, Tg Sedili ( dulu Tg Lembu). Kat situ pun ramai cikgu dari luar daerah, Muar, Batu Pahat, Pontian... tu yg menyebabkan aku macam menyimpan cita-cita untuk jadi cikgu bila besar...takkan orang Sedili ni bodoh sangat ( dalam pemikiran aku masa tu ...budak-budak). Di takdirkan Allah , aku ni dikurniakan otak yang cair sikit... alhamdulillah, ramai cikgu suka dan sayang. Aktif pulak tu, sukan , tarian, lakonan, kuiz.... semua boleh! Bila periksa penilaian darjah 5, dapat 4A IB ( itu kira toplah untuk budak kampung macam aku masa tu! hahaha...)
Dapat offer masuk asrama penuh SMSJ di Kluang... sekolah bercampur lelaki perempuan jugak. Masya Allah! terkejut aku dengan budaya di sekolah menengah ni... bukan apa, masa tu awal remaja, jadi bebudak lelaki ni ada perangai pelik sikit. Kita lincah atau aktif sikit, di copnya kita sebagai 'konyem'...kira-kira zaman sekarang kata 'gedik'! Siksanya... bila lalu di tepi mereka, diherdik-herdiknya dengan perkataan 'konyem' tu. Kami bebudak perempuan ni, jalan tunduk je, tak berani nak angkat kepala..... Masa beredar...hinggalah lepas SPM 1978, ramai yang keluar sekolah untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA, overseas dan buat form 6 kat sekolah luar. Ada kekawan perempuan aku yg sambung buat form 6 kat STF, aku stay kat SMSJ lagi buat form 6 sc. Bila kekawan kat STF ni cerita kat kami betapa bahagianya dia orang kat STF, sebab takde budak lelaki nak herdik-herdik mereka lagi dgn gelaran konyem tu. Jeles sungguh aku!
Lepas STPM aku dapat tawaran masuk maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Maktab perempuan? Melompat aku! Bahagianya!! Bolehlah aku melompat , menjerit, menari sesuka hati aku tanpa ada orang yang nak herdik 'konyem lagi! Yahooooo... 3 tahun aku di sana, memang bahagia....
Dah umur setengah abad ni, geng-geng sekolah buat reunion, kami jumpa balik dengan kekawan lama. Bebudak lelaki dulu yang garang-garang dah berubah, malah ada yang jadi rapat pula. Tapi perasaan ' seriau' tu tetap ada, kalau geng lelaki ni tak sapa dulu, sampai mati pun rasanya akan takkan sapa mereka... bukan marah atau benci tetapi...'SERIAU' herdikkan dulu masih ada.....

3 comments:

Unknown said...

ceritanya sangat bagus bu, saya menyukainya, salam kenal, boleh singgah ke blog saya http://skrtu.blogspot.com

kembara kelana said...

fatie....jiwa kau masih lara rupanya..entahlah...aku rasa bersalah kerana kenakalan aku yang aku sendiri tak tau kenapa jadi begitu...aku? kini berubah fatie dan aku amat menghormati kaum wanita menjelang dewasa nih...maafkan aku fatie..

fati said...

Alah Sop, bukan semua aku rasa seriau lah, ko dulu aku tak seriau sangat... tapi kalu sebut beberapa nama...mmg rasa kecut gitu.... psikologi efeknya terbawak2 sampai tua...