Bila usia dah separuh abad ni, berbagai penyakit mula nak menghimpit. Sakit belakang, pinggang, lutut dan sebagainya. Bab pinggang dan lutut yang tak tahan ni. Kekadang kalau dah teruk sangat terpaksa telan 'pain killer'...nasib baik ada anak yg tolong supply pain killer mak dia....terima kasih ye!
So...sekarang ni pepagi kena lah mengayuh basikal yang tak bergerak ni selama 15 - 30 minit setiap pagi. Pakwe aku, sebelum pi kerja make sure aku kayuh basikal tuh! Kalau tidak siaplahlah telinga aku, sampai lembik dengar leteran dia!
nilah basikal yang aku kena kayuh tiap pagi,
ngadap pokok bunga cempaka kat luar....
Punyalah boring aku mengayuh...aku ambik ipod anak aku, aku main game sambil ngayuh....tak lah terasa kebas punggung aku! Dan sekarang ni pokok bunga cempaka tengah lebat berbunga di luar tingkap rumah aku....punyalah harum bau nya! Sambil aku mengayuh, aku cium bau harum semerbak bunga cempaka yang menerjah masuk ke rumah sambil bermain ipod...best tak?
3 comments:
Fati,
Sama lah kita... Lila pun ada satu basikal macam tu kat rumah... Basikal tu Lila letak menghadap ke halaman rumah. Sambil berkayuh, bolehlah menjamu mata tengok pokok2 orkid kita dan tengok anak-anak jiran bermain... Lila kayuh waktu petang... Kalau tak. memang boring...
Salam..
sekadar nasihat..jangan amalkan pain killer..mudah merosakan buah pinggang..:)
> orkid yg syantek..:)
terima kasih !eNa PnG atas nasihat. Saya amik pain killer tu bila dah tak tahan sangat... selagi boleh, saya cuba bertahan tanpa pain killer...
Lila , kalu dok dekat2 boleh kita share aktiviti kita ni ek... hahaah sambil ngayuh kita sembang-sembang, cuba bayang kan....
Post a Comment