Beberapa hari sudah, along telefon beritau yang dia nak' book' rumah semi D setingkat kat taman perumahan area Sikamat, Ampangan , Seremban. Aku suruh dia bincang dengan ayahnya dulu dan minta pandangan dari ayahnya juga...bukan apa...ambik manis je kata orang tua-tua.
Aku teringat masa kami mula-mula kerja dulu. Pakwe tu hanya mampu beli rumah 2 bilik kat BBBangi. Tapi kami tak duduk kat rumah tu, kami sewakan. Yang kami pulak menyewa rumah teres 2 tingkat di 1/7 BBB. Bila pindah ke UTM Skudai, menyewa dulu rumah teres 3 bilik. Hampir setahun baru kami berjaya beli rumah 'corner lot" teres setingkat 3 bilik di Taman Universiti Skudai. Masih tak mampu nak beli semi D!
Bila pindah ke UPSI Tg Malim,pakwe ni berura-ura nak beli tanah lot nak buat rumah kat Kalumpang. Aku tak setuju sebab takut. Area tu rumah banglo sebiji2, kedai jauh, ( mungkin aku cari seribu alasan bila aku tak nak!)Dahlah aku ni selalu kena tinggal. Last-last aku beli rumah 'corner lot' teres 2 tingkat di Tmn Segar, berhampiran UPSI. Biarlah, asalkan jiwa aku tenang....
3 comments:
rumah kat kalumpang tu selalu kena rompak fatie...kawan aku ada kat situ..
Besar kecik rumah tk penting kak fati, yg penting suasana bahagia dlm rumah tu yg buat jiwa tenang.
Klu umah mcm istana tp berkelahi siang mlm, tk guna jugak. Za suka rumah sederhana dgn kehijauan sekeliling, nyamannn
Sop, tu yg aku x mau beli kat situ dulu.... hehehe
Za, betul tu, akak pun macam Za jugak....
Post a Comment