Aku masuk sekolah berasrama dari ting 1 sampai habis ting 6....7 tahun tu! Macam-macam pengalaman aku kutip. Bila aku ada anak, aku rasa aku tak mau anak aku masuk asrama awal-awal macam aku, paling cepat pun lepas PMR sebab aku tak mau anak aku rasa jauh atau renggang dgn kami. Jadi bila anak pertama dan kedua dapat keputusan PMR yang cemerlang, kami mohon untuk tempatkan mereka ke sekolah bersrama penuh. Alhamdulillah, along dapat masuk MRSM, Ana masuk SM sains Muar. Kami mau mereka belajar berdikari, dapat ramai kawan yang sama level dengan mereka ( yang memudahkan proses pembelajaran sendiri), disamping kemudahan-kemudahan lain yang disediakan oleh sekolah mereka. Dan yang penting, kami tak perlu hantar untuk tution tambahan ( masa PMR mereka berdua tidak ambil tution juga...kami suami isteri je yg mengajar). Dan alhamdulillah. mereka berdua kini sudah berjaya, along dah jadi doktor, dan Ana sedang sambung study untuk PhDnya.
Dari 5 anak, aku ada hanya seorang anak lelaki. Anak no 3 ini hanya bergaul dengan adik beradik perempuan sahaja. Bila balik dari sekolah dia tak pandai keluar bermain dengan rakan sebayanya. Kami risau, bimbang sahsiahnya sebagai serang lelaki terganggu. Jadi kami ubah keputusan kami untuk memasukkanya kesekolah asrama lebih awal. Lepas UPSR, kami mohon sekolah berasrama untuknya. 4A, 1B, menyukarkannya untuk masuk ke asrama penuh. Jadi pilihan kedua, kami mohon asrama SMKA Johor Bahru...berjaya dan terus di situ hingga ke Ting 5. Satu saja masalahnya, kami tidak dapat monitor pembelajaran kendirinya ketika diasrama terutama diperingkat menengah rendah. PMRnya tidak secemerlang 2 kakaknya , hanya 5A....
Kami terima hakikat ini demi kebaikan anak lelaki kami... alhamdulillah kini dia sedang menuntut di tahun 3 UIA dan dia adalah seperti anak lelaki lain yang sedang menuju alam dewasa, sangat gemar bermain futsal dan bola sepak.....
Anak ke 4. perempuan, aku masukkan ke asrama awal kerana aku tidak ada banyak pilihan bila aku berpindah ke Tg Malim. Dan dia seperti abang nya, sejarah berulang lagi..... aku mohon pada Allah agar dia akan mendapat kejayaan SPM cemerlang pada tahun hadapan ...
Di sini apa yg ingin aku utarakan ialah, tentang kebaikan dan kekurangan jika anak2 dimasukkan keasrama .Kita tidak mau melepaskan anak masuk keasrama kerana tidak mau mengganggu hubungan kasih sayang, dalam masa yang sama sekolah berasrama boleh mendidik anak2 lebih berdikari dan tau membawa diri. Tapi bagi diri kami suami isteri, segala keputusan yg kami ambil pada waktu itu adalah mengikut keperluan keadaan semasa itu. Hanya kami mohon pada Allah, setiap keputusan dan tindakkan kami akan mendatangkan kebaikan kepada anak2 kami semua.....
keluargaku
Thursday, March 24, 2011
Sunday, March 6, 2011
Penatnya.....
Hujung minggu baru lepas, aku, Ana , Ein dan amilia ke Jln TAR KL mencari barang-barang keperluan untuk Ana dan yang lain-lain. Pakwe tak ikut sama sebab dia ke PD dgn Fakulti Sc UPSI, mesyuarat selama 2 hari di sana. Dia izinkan kami pergi KL.... yahooo! Apalagi...beraya hindu lah kami berempat!
Kami bertolak pukul 9 pagi dari rumah...konon2 nak senang cari parking nanti. 9.40 dah sampai KL .... tapi bila nak masuk Jln TAR aje, polis ada buat road block merata! Rupanya di Dataran Merdeka ada program askar. Alamak...terpusing-pusing kami cari jln nak parking dekat dengan Jln TAR tu. Last2 kami masuk parking kat Komplek Pertama...apa nak buat, jenuhlah kami membetis .....
Bila jumpa Nagoya, kami masuk... jumpa Kamdar, kami masuk...., jumpa Semua House, kami masuk, jumpa kedai renda reben kami masuk.... tu tak termasuk arkid2 tudung sepanjang Jln TAR tu.... Pinggang dan belakang aku dah rasa berdenyut2 macam nak giler! Bila masuk SSF, aku rasa dah tak larat nak mengheret kaki lagi! Jumpa kerusi je, aku duduk....
Hampir pukul 4 ptg kami masuk ke Restorant Zam-Zam, Ana order Martabak dan nasi beriani, aku pi solat zohor dgn bebudak kecik tu. Tengah makan hujan turun dengan lebatnya! Ana kata, macam mana ni mak, Jackel n Aryani kita tak pi lagi.... Aku kata, takpelah, kita makan pelan2, then boleh mak solat asar terus ( tak boleh jamak sbb tak cukup marhalah). Lepas makan , aku telan pil pain killer ( utk sakit belakang aku!)
Lepas solat asar, hujan reda sikit, kami keluar dari restoran tu, berjalan perlahan2 menuju ke Jackel. Kami di situ sampai maghrib dan solat maghrib pulak kat situ. Keluar dari Jackel terus ke Aryani...sampai kedai aryani tu nak tutup, baru kami beredar ke Komplek Pertama.... dan bayaran parkingnya RM 22.50 ( macam maskawin kat Johor!)

Friday, March 4, 2011
Marah
Aku bukan jenis seorang pemarah (aku rasalah!) Sebab aku tahu sifat marah amat tidak baik. Iblis amat suka kepada orang yang sedang marah... malah dia akan mengapi-apikan lagi rasa marah itu.
Masya Allah! aku cuba mengawal marah.... hingga terketar-ketar badanku. Bila hilang rasa ketar itu, aku terasa amat letih..... rupanya menahan marah juga boleh meletihkan kita. Namun kemarahanku lambat padamnya walaupun sudah masuk 3 waktu solat.....
Aku mencari hadis-hadis dan terjemahan ayat Qur'an yang dapat melembutkan hatiku dan memadam kemarahanku. Aku ingin mencari pahala , bukan mengumpul dosa. Hari ini rasa marah itu sudah berkurangan, tapi masih belum padam!
Ya Allah!! Berilah aku kekuatan dan petunjuk bagaimana mahu mendidik anak yatim ini menjadi insan yang tidak bercakap bohong dan jujur.....

Subscribe to:
Posts (Atom)