keluargaku

keluargaku

Tuesday, January 12, 2010

''Honeymoon''

Honeymoon selalunya dikaitkan dengan pasangan yang pergi bercuti berdua-duaan, tak kira yang baru kawin atau yang dah lama kawin. Baru-baru ni, selepas along berkahwin, dia pergi honeymoon ke Pangkor. Seronok dengar cerita dari dia....

Masa aku baru kawin dulu, kami tak sempat nak pergi honeymoon pun. Masa tu aku belum lagi dapat posting ngajar ( baru keluar maktab) dan pakwe aku tu baru balik buat master dan baru kerja dalam sebulan lebih.....so duit takde nak pergi haneymoon, dan pakwe tak dapat cuti lama.

Jadi kami tak pernah dapat pergi honeymoon, lebih-lebih lagi selepas kawin kami di kurniakan anak berderet-deret. Kami pulak yg jenis kalau berjalan kemana-mana, kalau boleh nak angkut semua anak-anak ikut sekali...... so memang takde chancelah nak rasa honeymoon.....

8 comments:

Citera Alam said...

Tie , kita serupa ....... dah tua ni barulah senang nak jln2 tapi masih dok angkut jugak anak2 walaupun dah besar2 , terpaksa cari dua bilik penginapan / apartment .

fati said...

Haah lah Imah... yg dah kawin tu pun nak ngekor kita gak, walau pun dgn kete dia....heheheeh.
Masa pi umrah ari tu jer yg dapat rasa berdua-duaan.... itu pun jenuh jugak kena sakat...

bong said...

Fati, aku dah lama tinggal berdua-duaan.Boleh main kejo2, nyorok2 dlm rumah.Seronok, betul!Org rumah aku jln dia bawa aku, klu aku jn bawa dia pulak.Tapi sesaki bercuti juga dgn anak2.

fati said...

Bong, ni aku baru tambah satu lagi anggota keluarga dalam rumah ni. Anak sedara pakwe yg yatim, kami tolong bela...... makin besar keluarga aku bong....

bong said...

Fati, ok le tu, kalau kau tak nak bela bagi aku bela. Aku memang nak ni.Tapi semua anak sedara aku dan istri aku yang yatim, mak dia orang tak nak bagi.Adik aku dan isteri aku adalah ibu tunggal.Adik aku tinggal ngan orang tua aku, adik isteri aku tinggal rumah sendiri.

Alimor Sipon said...

Honeymoon - berdua2an, bersunyi-sunyian - kat rumah pun boleh. Pada aku tak kira tempat - yang penting tak ada gangguan. Elok kalau terus berhoneymoon walaupun dah lama berkahwin dan tak rasa apa2 lagi - buat masa wedding anniversary lagi nostalgic - boleh dapat semangat baru.

bong said...

Betul tu Bro Alimor, semangat tu yg penting boleh mendorong kita.

fati said...

Bro Alimor....jarang org lelaki ingat tarikh speacial ni eg wedding annversary.... kita yg mengingatkan, tu pun buat macam takde apa-apa jer, tu yg buat mati semangat langsung....heheheeh