keluargaku

keluargaku

Monday, October 12, 2009

Sedih

Lumrah alam, gembira lawannya sedih. Setelah puas bergembira dan berseronok, Allah uji kita dengan kesedihan pulak...dan bagaimana kita menguruskan kesedihan itu.
Mulanya apa punca kesedihan..... sakit pening, ajal maut, perpisahan, fitnah, hasad dengki, buruk sangka? Semuanya perlu di urus dengan cara yang berlainan.
Minggu ni menyaksikan betapa kami sekeluarga diuji...... aku memohon agar Allah memberi kami kekuatan untuk melalui semua ujian ini serta petunjuk dan hidayah bagaimana untuk melalui ujian sebegini dengan jaya tanpa ada hati yang terluka.....
Tapi ada satu yang aku akan pastikan..... aku tidak akan jadi lilin.......

10 comments:

mrs jannuri said...

Salam Fati..

rindu kat tulisan Fati & pc kita asyik buat hal aje.. Can read entry tp tak leh nak komen.

Alhamdulilah lepas baca entry Fati ni okay pulak tapi kenapa ye tulisan itu bagai ada maksud disebalik itu.

Kita ni memang bagaikan lilin... membakar diri untuk menerangi yang lain. Apapun sabarnya, mungkin ini antara dugaan dalam perjalanan kehidupan kita..

kembara kelana said...

fatie
aku pun macam sal..tak tau nak kata apa apa..tapi, aku tau kau seorang yang baik...tentu tuhan akan bantu...ujian yang datang kau mulai dengan alhamdulillah..sedih aku mendengar kau sedih..semoga semua berjalan dengan baik

norlilasamad said...

Salam Fati,
ALLAH menguji hambanya untuk memberikan sesuatu yg lebih baik setelah selesai ujian tersebut.
Saya percaya Fati adalah seorang insan yg sabar, tabah dan kuat utk mengharungi ujian itu.
Semoga ALLAH sentiasa memberikan taufik dan hidayah kpd Fati sekeluarga dalam menjalani hidup ini, Ameen.

Sukimin said...

Fati....Dalam kesibukan aku, bila tengok tajuk entri kau, aku tak boleh tak baca. Aku mendoakan semoga kau berjaya menangani masalah ini dengan baik. Aku yakin kau boleh. Salam untuk semua ahli keluarga kau
Selamat Hari Raya.

pakroslan said...

Salam Fatimah,
Kita di beri masalah dan di uji serta ditingkatkan keimanan kita kerana kitalah Kalifah dimuka bumi ini. Bukan mudah untuk menjadi seorang kalifah...

bong said...

Salam Fati
Kata orang alim dan bijak pandai semakin kita kuat bertakwa pada Allah maka semakin banyak kita diuji olehnya. Aku setuju dengan kata-kata kawan2 kita. Doa aku untuk kau Semuga Allah cepat menamatkan kesedihan kau. Amin

kembara kelana said...

fatie
rock pun tau sedih jugak ke ? kau manusia biasa ek..lupa pulak aku..dah lah kau masak sedap sedap, kau belasah kenyang kenyang...ke kau tenagh merajuk tu...bab tu, aku tak mau campur...abg rosli taulah apa nak buat...hehehehehe.

mrs jannuri said...

Fati...

Sal harap Fati dah semakin okay hari ini, dgn tulisan dan doa kawan-kawan semua.

Ikut cakap cikgu besar tu pun rasanya okay juga... masak.. makan... blasah kenyang-kenyang - cam lagu kanak-kanak tu bila kenyang suka hati... tapi kalau Sal tak boleh nak ikut nasihat cikgu besar ni..karang melebar lah jawapnya badan kita.

PC oh PC... kenapa lah kau meragam tak habis lagi. Boleh baca entry tapi tak boleh nak baca komen-komen apalagi nak buat komen kecuali Fati punya blog ni..

Cikgu besar... kenape ye? kita memang tak pandai pasal it ni.

fati said...

Alhamdulillah....
Terima kasih kekawan atas doa dan nasihat dari semua.
Betul Sop, aku hanya manusia biasa dan semakin tua maka itu makin mudah terasa.
Keadaan sudah terkawal, apa yang penting kami semakin memahami dan akan menjadi semakin kuat untuk menghadapi apa jua masalah bersama.

kembara kelana said...

sal
ubatnya tukar pc baru atau format lain...

fatie
kau memang tabah tapi kau belum tua..muda lagi tu