keluargaku

keluargaku

Sunday, July 5, 2009

Hujung Minggu

Minggu ni sibuk juga, tapi tak sesibuk minggu lepas. Tengah siapkan keperluan Ana pulak ( anak ke 2) untuk sambung belajar peringkat master kat UKM. Esok 6 Julai, dia dah mula kuliah, ayah dia suruh bertolak ke UKM sesudah suboh esok. Along pun balik weekend ni, tapi dia balik malam nanti ke PPUM, sebab esok malam dia on call. Tinggal lah Wan dengan Ein kat rumah ni. Wan ada seminggu lagi cuti, 12 Julai nanti dia balik semula ke UIA, kuliahnya bermula semula..... hai anak-anak, kami kembali tinggal 3 beranak semula, sunyi semula rumah ini bila Ein ke sekolah di siang hari.

4 comments:

mrs jannuri said...

Macam tu lah Fati jadi orang tua..
Kami hantar anak balik UKM hari Sabtu, mendaftar untuk tahun tiga. Kesian betul kitorang kali ni, kena panjat tangga tolong dia masuk bilik baru. Walaupun rendah banyak dari tangga Batu Caves, kena juga berhenti ambik nafas kalau tidak tak pasal-pasal wak Jan kena buat CPR tetengah hari buta...

fati said...

hahaha.....anak tu dok kat kolej mana?
Anak Fati duduk kat kolej Ibrahim Yaakob (rumah aini yg kita pi open house haritu)
Dia talipon bunyi tercungap2, tinggi giler bukit ni, dahlah tak boleh parking kereta depan blok tu, mengamok sungguh dia...

hafizah said...

Salam Ti,nasib baik ada Ein. Betullah "langkah" kita ye? Dah tua2 masih ada anak kecik. Ada juga kawan "bergaduh"

fati said...

Haah Ha....rugi le kekawan kita yg anak dia dah besor2 tu ye....hehehe