keluargaku

keluargaku

Tuesday, July 14, 2009

14 Julai

Hari ni birthday along yg ke 25. Malam ni along balik rumah, esok dia dapat cuti, jadi bolehlah ayah dia belanja makan sempena birthday dia....lega, aku tak payah masak. Bukan apa hari ni, aku penat sikit sebab dari pagi tak berhenti-henti dengan kerja-kerja rumah nya, keluar masuk ambik hantar ein pi sekolah kebangsaan dan sekolah agama sebab ayah dia kena pi Hospital Slim River (urusan penyakit Iqah). Dah tu pi melilau cari baju sekolah Iqah (nak yg tangannya berbutang) satu Tg Malim takde, last-last kena buat sendiri tang tangan tu. Sambil-sambil cari baju sekolah Iqah , sempat lagi pi buat survey harga cadar pengantin untuk along, pi kedai kek tanya harga cup cake, muffin dan bahulu untuk buat cenderahati pada tetamu nanti.
Aku cukup terkejut bila depa kata untuk majlis bulan 12, orang dah book dari bulan Feb, mac lagi... dah tu kalau buat 1212 lagi ramai orang buat tarikh tu sebab orang suka tarikh cantik gitu..... Mak datok! yg kami dok pilih tarikh tu sebab along dapat cuti tarikh tu......mati aku!Segala-galanya kena book sekarang....

16 comments:

kembara kelana said...

termasuk eiin anak kau yang bungsu tu...ada orang dah book mah...jangan lupa

mrs jannuri said...

Greedynya cikgu Besar ni.... anak Fati dia nak, anak Ausie tu dia nak, anak lelaki dia sorang aje kan?

Cikgu Besar.. anak Fati ni untuk anak yang mana pulak...

kembara kelana said...

masalahnya anak lelaki aku baru 15 tahun..aku dah letak cengkeram kat fatie masa aku datang bulan 3 dulu, anak sia tak perlah aku beri ke wak janlah

fati said...

Hahaha....aku rasa sebab anak lelaki dia sorang tulah dia nak book bagi penuh kuota...ramai sikit menantu perempuan dia Sal....hehehe, ada je kau Sop!
Kalau kau duduk dekat Tg Malim ni boleh aku book org rumah kau tolong buatkan cup cake untuk cendera hati tu (kalau kau bagi harga murah sikit dari org lain)...ni jauh sangat la .....

kembara kelana said...

fati kau call orang umah aku...alla bukan orang lain, besan..09 4142899, kau nak tempah berapa, aku sanggup hantar sebab aku boleh nengok along kat upm...
jarak bukan jauh sangat, aku boleh ke UPSI jumpa pensyarah dan sembang sembang kat proton city..ok set, tak kan besan tak leh nak bantu membantu

mrs jannuri said...

Cikgu Besar.. lupa ke yang kita ada anak perempuan aje..
Kalau untuk wak.. kesian nanti dia nak pikir exchange rate untuk hantar blanja, itu pun kalau dia tak sedar dirilah. Kita.. boleh tumpang pegi holiday.. bawak anak-anak sekali pegi hantar kat sana.

fati said...

Kau tau Bar, along aku tu pun dapat pasangan sama spesis macam kau...., campur habis dah keturunan aku, aceh, banjar, cina, ni tambah jawa pulak lagi....hehehe

kembara kelana said...

teori genetik mengatakan adalah bagus berkawin campur ni..ada pelbagai kekuatan...rajin jawa, berani bugis, pahlawn aceh, taktik cina dll besok cucu kau fatie..habis atuk kena trik dgn cucu

mrs jannuri said...

Mimbar, kita tak kisah siapa jadi besan kita.. rasanya wak gitu jugak. Asal mereka suka sama suka cukup, cuma biasalah being mother, kepada mereka sudah diberi guideline.. jangan lah beri mak/ayah anak menantu yang pakai anting-anting, rambut merah..itu antaranyalah, jeans koyak kat lutut boleh lagi consider, tengoklah ayah, though he is not perfect, ayah is not a bad man.. Awak tak nyesal ke nanti? Kan kita dah bilang, kami insan biasa yang tak berharta.. durian pun kalau tak bayar dan bawa balik tak ada, apa lagi pokok nya.... tak taulah orang Rompin..

kembara kelana said...

salwa
kau nulis mesti mengenen orang yer..

hafizah said...

Happy belated Birthday Along! Lama tak buka blog awak Ti. Kesian awak, sibuk persiapan. Nak tolong buat yg berseni2 tu tak ada talent.
Kalau nak tolang buat hantaran tu, adalah experience. Tapi kot taste awak high class tak pandailah saya. Nanti saya try post gambar hantaran yg saya buat kat blog. Saya buat tu hobby aje.
List jemputan kawan2 tu kalau dah buat, simpan elok2. Nanti sampai masa kami, insyallah boleh pinjam dari awak aje...hehehe dah berangan nak bermenantu ni...

fati said...

Bior betul Ha....tak sangka ada bakat terpendamlah awak ni. Hantarlah cepat, kita nak tengok. Taste kita biasa je, yg murah-murah dan simple je...hehehe
List kawan-kawan tu Pati ingat nak jemput pakai email dan kat blog aje, boleh tak Ha, sebab address depa pati tak tau jugak...

kembara kelana said...

baca blog orang rajin, blog kau bilanak update fatie...

Unknown said...

assalamualaikum tim,kalau belum booking cakes,cubalah kat kluang bread,86,dataran perpaduan 2,taman bercam raya ulu kinta ,ipoh.kot budak ni boleh hantar.tel dia:0127943211.akak gerenti tentang kebersihannya,telur siap basuh.kedai ni dikelolakan anak remaja lelaki baru masuk 23 tahun.ada branch kat kluang.bila lagi nak tolong orang melayu yang baru nak bertapak.boleh layari http://kluangbread.blogspot.com/

kak dil

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
fati said...

Terima kasih kak Dil....saya kenal ke kak Dil ni?