keluargaku

keluargaku

Wednesday, April 8, 2009

Nak Jadi Geruh

kereta wira jiran sebelah yg kemek pintu depannya..

Ini belakang merc buruk aku yg repih sikit catnya



Pukul 12.45 tengahari...suami telefon minta tolong ambikkan Ein balik dari sekolah ( selalunya kalau dia tak kemana-mana , dia yg ambik Ein balik dari sekolah Keb). Hari ini Ein habis sekolah pada pukul 1.00, so aku jadi kelam kelibut sebab aku tengah masak masa tu. Aku tak suka anak aku menunggu lama-lama.
Sedang aku bersiap memakai tudung, posmen pulak dok hon-hon motornya, ada surat poslaju yg perlu di tandatangan...Allah, aku berlari pulak ke dalam rumah kerana ambik kunci rumah.
( Semalam aku tertinggal kunci rumah, dan pintu terkunci dari luar...mak oi! jadi Mike Gyver lah pulak!) Jadi kepala aku ni tak fokas bila aku undur kereta....aku rasa macam tersekat je...Rupa-rupanya.......Allahu Akbar! Aku terlanggar kereta wira jiran sebelah rumah!!!! Terkedu aku sekejap. Tuan kereta tak ada di rumah ( ke kuliah). So, aku pi jengok kejap kat kereta wira tu, kemek pintu depan belah penumpang tu, yg merc buruk aku tu repih sikit je cat nya.....
Lembik lutut aku, aku gagahkan jugak pi ambik anak....
Apalah nasib aku hari ni, selalunya aku selalu berhati-hati, aku betul-betul tak perasankan kereta tu semasa aku buka gate untuk undur kereta...inilah agaknya yg dinamakan 'geruh'...."Geruh tak berbau" (pepatah orang tua-tua).

12 comments:

fati said...

"Geruh" tu bahasa orang dulu-dulu kot ( pakar-pakar bahasa mesti tau ni)bahasa klasik sikit kot, orang sekarang dah jarang pakai agaknya ( kecuali kat kampung aku je).
Punyalah aku menyusun kata nak cakap kat abg Rosly...tut, tut dia kata , kalau kena pintu je tak pelah, kita tukar je satu pintu kereta tu... haa...ternganga aku!

kembara kelana said...

aku tengok dari jauh jer ti..sian kau, nanti aku datang, aku bawak kiwi aku kiwi merz kau tu

fati said...

Ala...terima kasih lah Sop..merc burok tu tak payah di kiwi, basuh pun aku jarang, dah macam kereta kebal je dia.. ( Ein kata merc tu sama macam mama...dah tua..hehehe)

Azida said...

Salam. Ti.. memang kasihan baca kisah kau ni... tak tergelak pulak bila baca komen Usop. Itu la Usop... boleh buat kita senyum waktu susah... adakah ini yang dinamakan sunyum dalam tangis...

fati said...

Jida,
itulah keistimewaan si Usop ni. Kalau dia buat jiwang...meleleh kita baca tulisannya, tapi kalau dia buat kelakar dia, keras perut pulak kita ketawa...
Sebab tulah kalau dia lama tak buat entri ke atau tak komen kat mana-mana ke...rasa sunyi je blog kita kan!!

Sukimin said...

kesian kau fati....tapi apa2pun aku respek abang rosli....tetap kool je.....

kembara kelana said...

abng rosli cool depan kau jer min..bila dalam bilik...dia hot..dia gunakan teori fizik min..

hafizah said...

Salam Pati.Kesian awak. Saya pun dulu2 pernah kena. My hubby tanya "kete apa u langgar?" Nasib baik kete proton. Lampu belakang dia pecah. Kalau kete merc ke, BM ke jenoh juga kena ganti.
Apa pun my hubby selalu cakap, yang pentingnya org2nya selamat. Kete tu barang saja. Ada rezeki boleh ganti. Tapi kalau orgnya cedera lagi susah. Ya tak?

fati said...

Betul Ha..., sebab tu Pati tak kesah kat kereta merc buruk tu, sbb yg tu kita punya, yg orang tu yg kita risaukan...nasib baik tuannya pun cool je. So, tunggu dia beritau kos repair kereta dia je....tapi abg Rosly dah cakap, ongkosnya Pati kena tanggung, sebab sendiri bikin sendiri tanggung...hahaha ( baru berangan nak beli pokok bunga!, kena cansel lah tu...)

hafizah said...

Ha'ah, kalau dah berangan tu adaje ke lain duit tu. Itu namanya rezeki. Kadang2 makanan dah dalam mulut ke, perut ke kalau tak de rezeki boleh keluar balik!

Azida said...

Salam. Ala Fati... abg rosli tu masih boleh dipujuk... Pepandai le..hehehe Aku tengah pujuk laki aku nak ajak singgah rumah kau bila ambil anak cuti sem nanti..

fati said...

Bila anak kau start cuti Jida?