keluargaku

keluargaku

Sunday, February 22, 2009

Beli Kereta Anak

Hari Sabtu 21 Feb. pukul 7.30 pagi kami dah keluar rumah, menuju ke KL kerana anak no. 2 ( Ana) ada periksa PTD di Setapak pukul 9.00 pagi. Lepas kami dropped Ana di Sek. Men Teknik ERT Setapak, kami terus menuju ke Kajang kerana ada temu janji dgn sesorg. pada pukul 10.00.
Sebenarnya kami mencari kereta terpakai viva untuk anak kami pakai. Tak mau beli kereta yg baru kerana nak biarkan mereka stabil dulu dgn pekerjaan dan gaji yg baru sedikit tu.
Pukul 10.30 kami di R&R Bukit Dukung, dan berjumpa dgn tuan punya kereta viva yg nak jual keretanya. Anak aku terus berkenan, kereta viva baru digunakan 6 bulan lebih, perlukan duit segera utk bisness. Harganya pun ok jugak RM 34500...kira jadilah tu.
Kemudian kami beredar semula ke KL , ke PWTC pula kerana ada pameran MTE (Malaysian Technology EXpo), semua Universiti ambik bahagian. UPSI ada juga menang emas, perak dan gangsa termasuk yg suami n the gang.
Suami sebok di PWTC, aku, along, ein dan wan, merayau di The Mall yg bersetentangan dgn PWTC. Aku di situ sehingga hampir pukul 4.00, bila kami hendak beredar, aku terserempak dengan Zaiha Arifin! Dah nak balik baru terjumpa....aku mengajak dia ke rumah, tapi dia ada hal di KL ...alamak, kalau awal-awal kami terserempak, boleh berborak lama sikit.

Sunday, February 15, 2009

Mengemas Stor

Hari ni datang angin aku nak mengemas stor. Bukan apa , dok fed-up suami dan anak-anak cari barang-barang dia orang tak jumpa.
"Ti...mana wire extention. Ti...mana itu, mana ini......lepas tu, mak.... mana buku itu buku ini, mak mana barang itu, barang ini......",hey, pening kepala aku!
Pulaknya aku ni pun dah makin tua, lupa mana aku simpan barang-barang. Kalau aku dah simpan, jawabnya memang payah orang nak jumpa!
Hah, lega rasanya bila tengok stor dah lapang balik, kemas dan tersusun ( depa ni suka main baling-baling je!) Dan mana-mana barang yg depa cari semuanya dah jumpa....alhamdulillah!

Sunday, February 8, 2009

Bosan

Sehari dua ni aku tak berapa seronok nak mengadap computer.
Rasa bosan, sebal dan geram dengan situasi politik semasa .
Bila suami ajak mengecat tembok pagar rumah, aku menurut saja (selalunya aku buat derk aje , malah aku sanggup nak bayar upah orang mengecat).
Bila tengahari , aku pergi jemputan orang kenduri kawin pulak....so, cuti hujung minggu + cuti Thaipusam ni, di habiskan dengan mengecat tembok pagar rumah dan mengemas rumah je....

Sunday, February 1, 2009

1 FEB 2009 - DI RUMAH AZIDA


kaum lelaki

bergambar dgn Member dan isteri......nanti dgn kau pulak Usop!
( rendahnya aku...ke Member yg tinggi?)


kaum perempuan

Hari ni aku pergi ke Serdang untuk joint kawan-kawan lain kat rumah Azida. Seronok giler jumpa kawan-kawan lama lagi macam Hafizah, Norin, Norlida, Member suami isteri, Sukimin suami isteri, Md. Nor dgn Said ( datang single...ewah!). Tapi terkilan jugak sebab, Sadiah, Iss, Ogy, Aini dan Faraza tak dapat joint...., entah bila lah pulak boleh bersua muka dgn Sadiah dan Faraza...
Azida sediakan laksa Johor dan nasi tomato....sedaaaap!! Rugi siapa tak datang tu....