Pagi Krismas, adik , isterinya dan anak-anaknya serta emak aku tiba dari Johor untuk menziarahi kami di Perak. Esoknya, aku bawa mereka semua ke Hot Spring di Sungkai. Along jadi drebar sebab ayahnya ada meeting .
Hari sabtu kami bawa mereka semua ke KL ( adik ipar teringin nak naik KL Tower dan LRT ). Seharian kami di KL hingga larut malam...letih sungguh.
Ahad selepas solat subuh kami bersiap untuk ke Genting Highland pula. Bawa adik dan mak naik 'cable car'. Anak-anak yg seronok sangat (ayah tak seronok sbb duit habis banyak). Aku baca doa akhir tahun dan awal tahun dengan mak di surau di Genting Highland...break record tu..kami gelak dua beranak.
3 comments:
aku dah tengok dalama banyak gambar kau fati..kau memang pandai kontrol lawa kau...aku suka melihat kebahgiaan kau sekeluarga..semoga kau terus menikmati kegembiraan dunia dan akhirat..kontrol fati kontrol..
Aku tak kontrol lawa lah....aku kontrol makan je. Tapi sejak duduk kat Tg Malim ni pipi aku dah naik macam pau Yik Mun Tg Malim ......
Bar, alhamdulillah, memang ke dua ayah emak aku masih ada, gitu juga dgn ayah dan mak mertua .Dulu aku tinggal dgn nenek sbb tu panggil nenek 'mak'.Nenek dah tak de, mak pun baru setahun solo (bapa tiri dah meninggal), sbb tu aku boleh bawak dia duduk rumah aku kejap ( katanya nak balik Johor cuti raya cina nnt). Dulu tak merasa, kerana suaminya tak izinkan. Aku cuma nak gembirakan hatinya selagi ada hayat dia...
Post a Comment