keluargaku

keluargaku

Monday, January 5, 2009

Ein mula bersekolah

Hari semalam 5 Januari, anak yang paling kecil mula bersekolah tahun 1 di Sek. Keb. Tg Malim. Sebelum tu pada hari sabtunya, kami berdua beranak ke sekolah tersebut untuk majlis taklimat murid darjah satu dan mengambil buku teks pinjaman.
Syakireen nampak penuh bersemangat, dia tidak menangis. Mulanya aku menunggunya hingga ke waktu rehat, tapi bila loceng rehat berbunyi dia berbisik kepadaku supaya aku pulang ke rumah, tak perlu menunggunya lagi....alhamdulillah, anakku sudah mula berdikari.
Pulang ke rumah aku masak nasi dan lauk simple-simple saja untuk makan tengahari. Bila ein pulang dengan ayahnya pada pukul 1, kami makan sama-sama, mulutnya becok bercerita tentang sekolah, cikgu dan rakannya.
Pukul 2.15 ptg aku menghantarnya ke sekolah Agama Ulu Bernam pula . Begitulah untungnya orang yg tinggal di sempadan ni, sekolah kebangsaan di Perak, sekolah agama pula di Selangor! Dia masuk ke darjah 1. Setelah membelikan sedikit makanan untuk rehat nanti (pada pukul 4 ptg) , aku pun pulang ke rumah untuk berehat sebentar sebelum mengambilnya semula pada pukul 5.30 ptg.
Nampaknya inilah rutin harianku...alhamdulillah.

4 comments:

Kembara Kelana said...

fatimah
terima kasih masukkan hbd utk zauyah. aku tak sempat, sibuk giler..aku tak ada masa nak duduk dua tiga jam atau sejam dua untuk blog.
jangan lupa esok saadiah

Member Hj Md Sirat said...

Kedua-dua negeri tu di perintah oleh pakatan rakyat pulak!! hehe..

Azida said...

Salam. Seronoknya Fati... Kalau husband aku dah JUSA.. aku pun teringin jugak nak duk rumah... bestnya..

fati said...

Zida, dok rumah memang best, kepala tak tension, badan tak letih sangat, yg tak bestnya bila tang 'pitih' aje..... tak boleh le nak memandai mcm hak kita sendiri, everything kena consult dulu dgn boss...... hehehe.