keluargaku

keluargaku

Tuesday, December 23, 2008

19 - 21 Dec. 2008

dengan si kecil ein ( baru lepas 'snorkling')

aku, kak Maznah, anak dan isteri Dr Ramli, Rohani, Iqah, Along, Alina. Husna dan Ein

aku tengah memilih ikan bilis di pekan Pangkor

Iqah, Husna, Rohani, Along dan Ein dengan alat utk snorkling

di lobi hotel Faez, aku, Ein Iqah dan Along ( ana dan wan dah balik tempat masing2)

Aku sekeluarga ke Pulau Pangkor menemani suami yg terpaksa menghadiri bengkel selama 3 hari di sana. Kami bertolak sebelah petang Jumaat setelah suami usai kuliah student master. Kami tiba di Pangkor sekitar 8. 30 malam. Anak-anak tak sabar hendak ke pantai. Kami menginap di hotel Faez di Pasir Bogak.

Sebelah pagi Sabtu, selepas sarapan, aku dan anak-anak menyertai keluarga UPSI yg lain meronda ke pekan Pangkor, membeli sedikit buah tangan dan makanan laut.

Setelah makan tengahari dan solat kami menuju ke tepi pantai untuk menaiki bot . Kami di bawa bersiar-siar sekitar Pulau Pangkor dengan menaiki bot. Anak-anak seronok sekali kerana setelah dibawa bersiar kami diberi peluang untuk ber'snorkling' di sebuah pulau kecil yg indah. Hampir sejam kami di situ.

Bila pulang ke Pasir Bogak, suami sudah menunggu dan mengajak kami pusing pulau melalui darat pula ( dgn menaiki van sewa). Dengan baju yg basah, kami terus menaiki van pula.
Kami di bawa ke kilang memproses makanan laut, ke kota tinggalan Belanda, ke kawasan kuil cina yg di bina di bukit batu dan kemudian di bawa ke pekan pula. Bila pulang ke hotel anak-anak kembali menyambung bermain dipantai hingga azan maghrib kedengaran.

Sebelah malam aku tertidur awal kerana keletihan ( tak sempat nak pergi makan ikan bakar di Teluk Nipah).

Pagi ahad anal-anak berenang lagi sebelum 'check out' hingga pukul 11. Naik hitam kulit mereka, walaupun dah pakai losyen 'sunblock'.

12 tgh hari, kami lunch bersama-sama keluarga pensyarah fizik UPSI yang datang menghadiri bengkel di Pangkor ini untuk saling mengenali antara satu dengan lain.

4 comments:

Member Hj Md Sirat said...

Andainya kau pergi Pangkor lagi, hati-hati ampai-ampai kadang2 ada disitu. Selain itu pari pun ada di dasar pantainya. Ada kes orang terpijak pari.

Kembara Kelana said...

seronok membawa keluarga ke mana mana saja asalkan cukup semua satu set..sebab mereka dah mula nak tinggalkan kita satu demi satu...sebelum mereka pergi [ samada bersama suami atau isteri masing masing ] eloklah kita pulun buat projek jalan jalan gitu..anyway, tahniah fati..terima kasih kerana banya k membantu reunion kita dulu..kau berilah komen kat blog aku..apalah kau..macam macam kau cakap..kau terrer kan , kau budak sekolah sains kan..ingat tu
salam

fati said...

Terima kasih Bar, lain kali aku akan ingat pesan kau tu...memang tak puas hari tu , ingat nak pi lagi, abang rosly teringin nak main jet- ski ,tapi tak berkesempatan.

fati said...

Betul Sop, sbb tu bila berkesempatan aku takkan lepas peluang untuk buat program bersama semua anak-anak, sebab bila dia orang dah start bekerja dan berkeluarga,susah dah nak dpt berkumpul .