keluargaku

keluargaku

Monday, December 29, 2008

Melayan Emak dan Adik dari Johor.

Wan , along dan iqah posing kat Genting Highland

kami tujuh beranak ( tok tolong tangkap gambar for the first time in her life)

mak dengan anak2 pompuannya.

ein tengah naik 'reindeer cruiser'

mak dgn tok dan ein naik 'cable car'

lepas berendam di hot spring Sungkai

mak dan aku berendam kaki kat air panas 35 - 38 darjah c

mak, iqah, aku dan ein di KLTtower

naik LRT

wan, iqah, ein, Danish, tok, Hakim, Pak tam

eh...dgn mak tam pulak..

Pagi Krismas, adik , isterinya dan anak-anaknya serta emak aku tiba dari Johor untuk menziarahi kami di Perak. Esoknya, aku bawa mereka semua ke Hot Spring di Sungkai. Along jadi drebar sebab ayahnya ada meeting .
Hari sabtu kami bawa mereka semua ke KL ( adik ipar teringin nak naik KL Tower dan LRT ). Seharian kami di KL hingga larut malam...letih sungguh.
Ahad selepas solat subuh kami bersiap untuk ke Genting Highland pula. Bawa adik dan mak naik 'cable car'. Anak-anak yg seronok sangat (ayah tak seronok sbb duit habis banyak). Aku baca doa akhir tahun dan awal tahun dengan mak di surau di Genting Highland...break record tu..kami gelak dua beranak.

Tuesday, December 23, 2008

19 - 21 Dec. 2008

dengan si kecil ein ( baru lepas 'snorkling')

aku, kak Maznah, anak dan isteri Dr Ramli, Rohani, Iqah, Along, Alina. Husna dan Ein

aku tengah memilih ikan bilis di pekan Pangkor

Iqah, Husna, Rohani, Along dan Ein dengan alat utk snorkling

di lobi hotel Faez, aku, Ein Iqah dan Along ( ana dan wan dah balik tempat masing2)

Aku sekeluarga ke Pulau Pangkor menemani suami yg terpaksa menghadiri bengkel selama 3 hari di sana. Kami bertolak sebelah petang Jumaat setelah suami usai kuliah student master. Kami tiba di Pangkor sekitar 8. 30 malam. Anak-anak tak sabar hendak ke pantai. Kami menginap di hotel Faez di Pasir Bogak.

Sebelah pagi Sabtu, selepas sarapan, aku dan anak-anak menyertai keluarga UPSI yg lain meronda ke pekan Pangkor, membeli sedikit buah tangan dan makanan laut.

Setelah makan tengahari dan solat kami menuju ke tepi pantai untuk menaiki bot . Kami di bawa bersiar-siar sekitar Pulau Pangkor dengan menaiki bot. Anak-anak seronok sekali kerana setelah dibawa bersiar kami diberi peluang untuk ber'snorkling' di sebuah pulau kecil yg indah. Hampir sejam kami di situ.

Bila pulang ke Pasir Bogak, suami sudah menunggu dan mengajak kami pusing pulau melalui darat pula ( dgn menaiki van sewa). Dengan baju yg basah, kami terus menaiki van pula.
Kami di bawa ke kilang memproses makanan laut, ke kota tinggalan Belanda, ke kawasan kuil cina yg di bina di bukit batu dan kemudian di bawa ke pekan pula. Bila pulang ke hotel anak-anak kembali menyambung bermain dipantai hingga azan maghrib kedengaran.

Sebelah malam aku tertidur awal kerana keletihan ( tak sempat nak pergi makan ikan bakar di Teluk Nipah).

Pagi ahad anal-anak berenang lagi sebelum 'check out' hingga pukul 11. Naik hitam kulit mereka, walaupun dah pakai losyen 'sunblock'.

12 tgh hari, kami lunch bersama-sama keluarga pensyarah fizik UPSI yang datang menghadiri bengkel di Pangkor ini untuk saling mengenali antara satu dengan lain.

Sunday, December 14, 2008

Kembali Bertemu pada 13 Dec. 2008

dengan Januri, Azhari, Mokhlis, Jamil Sien, Zainudin, Bagio, Kamisan, Tumiran, Fauziah, Zaiha, Roziah, Rohana

dengan Latifah, Roziah, Fauziah, Jasminah, Rohana, Zaiha dan Norlila

dengan Rosnah Manan

dengan bagio (Roslan), Gate (Kamisan) , Tumiran dan Ogy (Faudziah)

dengan Mr. Paul (rumah purnama)

dengan anak zaiha, zaiha, isteri Jamil Sien dan Khir

dengan Aini Salleho, Roziah, Norlida, Ogy, Rohana, Arbakyah, Zaiha

dengan Norela Mat Shah ( Norin), suaminya dan Amin

dengan Sharif Junaidek, Baharudin & isterinya, Aini

dengan Arbakyah Tukiman

dengan Norlida Ali

dengan Zauyah Rahmat

dengan Roziah Tawil, Faudziah Manan, Zauyah, Zaiha Arifin

dengan Norlila Samad


dengan Jasminah

Tuesday, December 9, 2008

8 Disember 2008

Setelah 25 tahun kami bersama


ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
LAILAHAILLAHUWALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR WALILLAH ILHAM

Tarikh ini adalah tarikh yg amat bermakna buat diri aku dan suami.
Selain menyambut hari kebesaran Hari Raya Aidul Adha kami berkongsi hari meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 25 pada hari ini. Alhamdulillah......semoga kami terus bahagia dan bersama sehingga ke akhir hayat. Amin