keluargaku

keluargaku
Showing posts with label diy. Show all posts
Showing posts with label diy. Show all posts

Monday, June 15, 2015

Hantaran lagi

Cerita hantaran lagi.
Dalam masa aku sebok buat persediaan untuk anak bujang aku kawin aritu ni, tup tup adik bungsu aku tu pun nak kawin juga...
Belah perempuan taknak tempoh lama-lama. Lepas bertunang dua bulan , terus nak langsungkan pernikahan. Huru hara kejap kami. Main bidan terjun nih

Ni hantaran masa adik bertunang, pakat buat sorang sedulang antara ipar2, aku, dan menantu kak ipar.
Purple lagi kan...





 Pastu masa nak nikah lagi haru, aku ingat kak ipar nak buatkan , yang kak ipar ingat aku sediakan....
so bila dapat tau aku yg kena sediakan....lagi sekali lahaku jadi  jadi bidan terjun.
Alhamdulillah...jadi jugak....
Temanya...kuning oren ... boleh  lah kot








Saturday, June 13, 2015

HANTARAN

Semasa majlis pertunangan along , hantaran petunangannya begitu simple sekali, yang aku buat sendiri dan dgn pertolongan kakak ipar ku. Kakak ipar dan menantunya juga yang membuat sirih junjung utk along.Kemudian untuk hanttaran perkahwinan along , sahabat baik ku Hafizah Awang menawarkan diri untuk menyediakan hantaran along

Selepas perkahwinan along, Ana minta aku buatkan sendiri hantaran pertunangan nya. Katanya hanya aku saja yang memahami kehendaknya. Alhamdulillah, nampaknya hanataran pertunangan Ana, di sukai ana dan juga sahabat2 ku. Begitu juga dgn hantaran perkahwinan Ana, aku sudah konfiden untuk menggubah sendiri.

   Apabila anak ketiga ku hendak bertunang, aku sekali lagi menggubah sendiri hantaran pertunanga anak bujang tunggal ku dengan tema purple lembut



Apabila Wan melangsungkan perkahwinannya pada cuti hari raya cina lalu, sekali lagi aku menyiapkan hantaran anak lelaki ku itu. Kali ini bertemakan gold, kuning dan putih kerana menantu ku adalah kerabat diraja Trengganu








Monday, October 21, 2013

Projek manik dan patch lace

Ini saja-saja buat nak bagi baju cantik sikit
Nak upah orang, mahal sangat.
Banyak pulak tu, so slow-slow pun buatlah sendiri....
Dan inilah hasilnya....

 dress Ana

 baju kurung moden along

 Baju kurung Ikah

 baju kurung along

 Ini baju I lah

 Baju kurung Ein

 Dress Ein

 Ein lagi

 I punya

 Baju kurung milia

Tu ...ikah dah pakai baju dia....

Monday, October 7, 2013

Headband untuk cucu

Masa duduk kat UK kejap dulu dan bersalinkan Iqah di sana, seronok sangat beli barang-barang untuk baby. Di sana ada banyak choice dan murah-murah. Antaranya headband. Macam-macam fesyen topi dan headband aku beli untuk Iqah ketika di sana.
Bila cucu aku lahir, aku mula suka nak beli barang-barang baby semula. Antaranya headband. So, datang idea mencurah-curah nak buat head band untuk cucunda khairina aisya yang bambam. Aku buat gunakan kain lebihan perca , lace dan renda. Ada yang aku bubuh batu sikit nak naikkan seri.
Nampaklah sikit macam gugirl bila dikenakan dengan headband di kepalanya.....
(Pakwe aku jealous bila aku asyik sangat buat headband untuk cucu kami ni.... hihihi)

tengok! cucu teman dah pandai posing!