keluargaku

keluargaku

Wednesday, September 19, 2012

Lagi Kisah di MPPM

Sebenarnya aku ni dah macam computer lama, yang tak di upgrade, slow.... faktor usia kot. aku cuba juga mengingati sebahagian dari kenangan semasa di MPPM dulu...maklumlah dah hampir 30 tahun, sudah tentu sedikit sukar untuk mengingati, kecuali dalam hal-hal yang benar-benar menyentuh hati.
Di awal kemasukan aku ke MPPM , sebenarnya aku di pilih untuk buat kursus PPAK ( am), sebulan aku di situ, rasa macam nak gila! apa taknya, aku yang 7 tahun dalam aliran sains tup, tup kena belajar sastera melayu! Pulak tu yang dah advance- advance punya! Terlopong aku bila pensyarah sastera masuk dan bercerita bagai nak rak tentang sastera melayu yang aku tak tau apa.... macam nak nangis ada! Pensyarah ni sedar ada beberapa kerat pelajar dalam kelasnya yg buta sastera.... dia panggil kami 'minah test tube' hehehe.
 dari kiri: Fatimah Yassin, Rasinah Asri, fatimah Hashim, Norazah dan Normah



Aku mula buat rayuan untuk minta ditukarkan ke PPAR Sains dan Maths.... alhamdulillah, rayuan aku diterima berdasarkan kelayakan aku yang ada. Mereka pun heran macam mana aku boleh tercampak dalam PPAK (AM) tu. PPAR sains ni tak banyak kelas, 1 je... tapi aku seronok sangat. Aku ingat lagi Mr Yap ( pensyarah yg ajar Math), En Ismail ( yang ajar sains). Di MPPM lah buat aku seronok nak belajar seni. Sekarang aku masih guna teknik-teknik yg di ajar oleh En Imran, untuk ajar anak-anak aku pulak....


foto bawah ni dari kiri: Faridah Ishak, aku, Zainon Mohd said, Rapizah Ejom dan Saadiah Hshim
dari kiri: Zainon Mohd said, Ina (tesl), aku dan Faridah Ishak


dari kiri: Faridah Ishak, Fatimah Yssin, Zainubah, aku, Kak Sham

Dimana faridah Ishak ye....
Last sekali aku jumpa dia masa sama-sama mengerjakan haji pada tahun 2000.

2 comments:

PETER TANTO said...

salam kenal, saya dari solo indonesia: namaku heru alamat herusutanta@gmail.com

CoCo Chang said...

Shall you join in Guild Wars 2 or go on this game
in 2013?