keluargaku

keluargaku

Wednesday, March 28, 2012

DIY

Kerja-kerja DIY yg dibuat sempena majlis kawin Ana nanti, ada yang sudah siap, ada yang tengah buat, ada yang terpaksa tunggu hingga 3 , 4 hari dekat dgn majlisnya nanti.
 Antara yang dah siap ialah:
  • 'bunga penanggah' ( yg dibuat dari kain felt)
  • bunga dulang
  • Jurai-jurai kristal

Yang tengah dok buat:
  • door gift untuk lepas majlis nikah

Yang kena tunggu 3,4 hari lagi nak majlis ialah :
  • door gift untuk majlis resepsi

Saturday, March 24, 2012

Nasihat

Aku dengan anak-anak amat rapat. Kami selalu berkongsi cerita. Yang dah kawin pun hari-hari called kekadang bergayut sampai dekat sejam. Pakwe aku selalu perli takut telinga aku jadi pekak. Selain dari menceritakan hal-hal diri mereka sendiri , anak-anak aku ni suka juga bercerita tentang masalah kekawan mereka. Kekadang siap minta pendapat lagi macam mana nak selesaikan masalah yg di hadapi kekawan  mereka tu.
Masalah yang paling biasa ialah sebab putus cinta, atau takde pasangan lagi selain dari stress kerja, kekawan tikam belakang dan boss garang.
Dalam bab putus kasih ni aku selalu nasihatkan anak-anak aku ( untuk kekawan diaorang juga) supaya jangan risau sangat. Aku punya teori senang aje
.'Kalau lelaki yg tinggalkan kita, maknanya Allah nak kurniakan kita dgn lelaki lain yang lebih baik lagi dari lelaki yg tinggalkan kita tu'.
 tapi
' kalau kita yg tinggalkan lelaki tu kerana alasan-alasan yg remeh temeh, maknanya mungkin kita lambat lagilah nak dapat jodoh....'

Hahahaah.... aku bercakap bukan menurut hati atau suka-suka, tapi dari apa yg aku alami sendiri dan juga dari banyak kejadian dan contoh yg aku lihat dan perhatikan.
Dari itu wahai perempuan-perempuan yang diluar sana..... jangan risau jika kamu ditinggalkan teman lelaki kerana terpikat dgn perempuan lain kerana nanti insya Allah kamu akan dikurniakan dgn lelaki yang lebih baik lagi ..... so tak payah lah nak bazirkan air mata dan menyiksa jiwa .....

Wednesday, March 14, 2012

Mengandung

Tadi anak jiran sebelah rumah datang ziarah aku. Dia duduk di JB sekarang, ikut suaminya. Dia tengah mabuk.... mengandung sulong. Dah 3 minggu dia balik rumah maknya di sini.
Aku  sebagai orang tua dan dah 5 kali mengandung, berilah beberapa petua dan tip kepada nya buat menghadapi kesukaran masa mengandung.
Kebanyakan perempuan akan mengahadapi rasa pening, mual ,muntah-muntah, letih ketika mengandung. Kita tak suka itu, tak suka ini . Makanan yg dulu jadi kegemaran langsung tak boleh di telan.
Kalau masa aku dulu, 3 bulan pertama tu, masuk dapur pun tak mau! Tak tahan bau minyak panas, bau ikan, bau tumisan dan sebagainya. Mula-mula pakwe tu ingat aku sengaja nak mengada-ngada, dia suruh jugak aku masak, elok panaskan minyak je, aku muntah depan dapur tu, baru dia percaya.......
Jadi ke lima-lima anak, aku memang mabuk sampai kandungan berusia 3 bulan. Lepas tu tak muntah dah, cuma bab makan je yg lain dari masa tak ngandung.
Masa mengandungkan along, aku suka sangat makan taufu, tiap-tipa hari nak taufu.... tu sekarang ni kulit badan along bersih, licin dan cantik...
Masa ngandungkan Ana, aku kat Pakistan, ikut pakwe kursus kat sana 3 bulan, tak ingat sangat aku suka makan apa, tapi mmg muntah juga.
 Masa ngandungkan Wan, suka makan ikan bakar cicah kicap picit cili padi.
Masa ngandungkan Iqah pulak kat UK....suka susu + cornflake ( macam2 jenis cornflake ada....).
Dan last sekali masa ngandungkan Ein, aku suka sangat dengan buah kurma dan air sirap. Hari-hari makan buah kurma dan air sirap sebab benda lain tak boleh telan.
Jadi kelima-lima anak lain jenis makanan yang boleh ditelan.. Yang penting masa mengandung, makan makanan yang berkhasiat, jangan tidur banyak sangat dan banyakkan membaca al Quran, terutamanya surah Maryam dan surah Luqman .

Tuesday, March 6, 2012

Tutup Mesin!

Yessss!!! Selesai dah bab menjahit!
Langsir rumah dan langsir bilik pengantin dah siap.
Baju anak-anak, mak  dan mak mertua juga dah siap.
Mana yang perlu di manikkan juga dah siap!

Yesss! happy nya aku.... dah boleh tutup mesin jahit.

Ada lagi foto-foto baju, tak sempat nak tangkap, dah dimasukkan dalam almari.
Yang di atas ni kebetulan masih di bawah dan belum masuk almari, so boleh lah tangkap....