keluargaku

keluargaku

Thursday, October 27, 2011

Kena paksa

Ini bukan nak cerita pasal kena paksa kawin. Kawin dulu suka sama suka. Bulan December ni genaplah 28 tahun kawin. Ouch! veterennya! Punyalah veteren , tu yang kena paksa  pulak ni..... kena paksa buat excercise! hahahha.....
Bila usia dah separuh abad ni, berbagai penyakit mula nak menghimpit. Sakit belakang, pinggang, lutut dan sebagainya. Bab pinggang dan lutut yang tak tahan ni. Kekadang kalau dah teruk sangat terpaksa telan 'pain killer'...nasib baik ada anak yg tolong supply pain killer mak dia....terima kasih ye!
So...sekarang ni pepagi kena lah mengayuh basikal yang tak bergerak ni selama 15 - 30 minit setiap pagi. Pakwe aku, sebelum pi kerja make sure aku kayuh basikal tuh! Kalau tidak siaplahlah telinga aku, sampai lembik dengar leteran dia!


 nilah basikal yang aku kena kayuh tiap pagi,
 ngadap pokok bunga cempaka kat luar....


Punyalah boring aku mengayuh...aku ambik ipod anak aku, aku main game sambil ngayuh....tak lah terasa kebas punggung aku! Dan sekarang ni pokok bunga cempaka tengah lebat berbunga di luar tingkap rumah aku....punyalah harum bau nya! Sambil aku mengayuh, aku cium bau harum semerbak bunga cempaka yang menerjah masuk ke rumah sambil bermain ipod...best tak?

Wednesday, October 19, 2011

Zaman sekolah

Mula sekolah rendah pada tahun 1968 di SK Sedili Besar. Sekolah kampong, bercampur lelaki perempuan. Cikgu-cikgu semuanya terdiri dari orang luar daerah. Ada yang baik ( aku sayang sangat) ada yang garang... kalau dia masuk kelas, kecut perut aku! Suka bagi penampar pada budak2 ( zaman tu takdelah mak bapak nak saman!)
1969 aku pindah ke seberang sungai Sedili , SKSeri Setia Jaya, Tg Sedili ( dulu Tg Lembu). Kat situ pun ramai cikgu dari luar daerah, Muar, Batu Pahat, Pontian... tu yg menyebabkan aku macam menyimpan cita-cita untuk jadi cikgu bila besar...takkan orang Sedili ni bodoh sangat ( dalam pemikiran aku masa tu ...budak-budak). Di takdirkan Allah , aku ni dikurniakan otak yang cair sikit... alhamdulillah, ramai cikgu suka dan sayang. Aktif pulak tu, sukan , tarian, lakonan, kuiz.... semua boleh! Bila periksa penilaian darjah 5, dapat 4A IB ( itu kira toplah untuk budak kampung macam aku masa tu! hahaha...)
Dapat offer masuk asrama penuh SMSJ di Kluang... sekolah bercampur lelaki perempuan jugak. Masya Allah! terkejut aku dengan budaya di sekolah menengah ni... bukan apa, masa tu awal remaja, jadi bebudak lelaki ni ada perangai pelik sikit. Kita lincah atau aktif sikit, di copnya kita sebagai 'konyem'...kira-kira zaman sekarang kata 'gedik'! Siksanya... bila lalu di tepi mereka, diherdik-herdiknya dengan perkataan 'konyem' tu. Kami bebudak perempuan ni, jalan tunduk je, tak berani nak angkat kepala..... Masa beredar...hinggalah lepas SPM 1978, ramai yang keluar sekolah untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA, overseas dan buat form 6 kat sekolah luar. Ada kekawan perempuan aku yg sambung buat form 6 kat STF, aku stay kat SMSJ lagi buat form 6 sc. Bila kekawan kat STF ni cerita kat kami betapa bahagianya dia orang kat STF, sebab takde budak lelaki nak herdik-herdik mereka lagi dgn gelaran konyem tu. Jeles sungguh aku!
Lepas STPM aku dapat tawaran masuk maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Maktab perempuan? Melompat aku! Bahagianya!! Bolehlah aku melompat , menjerit, menari sesuka hati aku tanpa ada orang yang nak herdik 'konyem lagi! Yahooooo... 3 tahun aku di sana, memang bahagia....
Dah umur setengah abad ni, geng-geng sekolah buat reunion, kami jumpa balik dengan kekawan lama. Bebudak lelaki dulu yang garang-garang dah berubah, malah ada yang jadi rapat pula. Tapi perasaan ' seriau' tu tetap ada, kalau geng lelaki ni tak sapa dulu, sampai mati pun rasanya akan takkan sapa mereka... bukan marah atau benci tetapi...'SERIAU' herdikkan dulu masih ada.....

Sunday, October 16, 2011

Tidak Mengharap

Ada rasa sebak sikit pagi ni.
Mungkin faktor usia menyebabkan aku makin mudah terasa.
Sebenarnya setelah meniti hingga ke usia separuh abad ini, aku dah menimba banyak pengalaman dalam mengenali kerenah manusia. Ini membuatkan aku jadi sangat berhati-hati baik dalam hendak melakukan kebajikan atau keburukan.
Sekarang aku berpegang pada prinsip buat baik berpada-pada, tapi buat jahat jangan sekali!
Sebabnya? Aku dah terkena.... kebaikan yang diberi tanpa meminta balasan, tanpa mengira penat lelah, tanpa mengira wang ringgit, tanpa mengira kederat dan tenaga, malah ada masa sanggup mengenepikan kepentingan sendiri semata-mata untuk membahagiakan orang lain tapi....  masih tidak memuaskan hati mereka!
Tak apalah... aku redha je, jadi sekarang ni kalau aku buat baik, aku takkan mengharapkan mereka yang aku bantu itu berpuas hati dengan aku, aku buat sekadar yang aku termampu  dengan kudrat aku yang makin lemah ini. Dan aku tidak minta kebaikan ku dibalas....biarlah Allah sahaja yang membalasnya...

Sunday, October 9, 2011

Saja buat ingatan sendiri

Tadi mengemas satu rumah...ruang bawah je.... atas...lain kali lah! Ni pun dah sakit satu badan. Terasa sangat yg diri dah tua. Pakwe tu tak habis lagi mengecat kat luar. So dia kat luar, aku kat dalam.
Bila dah siap semua, sambil merehatkan diri sat sementara nunggu waktu maghrib, buka fb, terbaca artikel ni ( dalam bahasa Inggeris). Saja nak share denga korang suma....

Tanda-tanda orang di serang strok.... tapi sebelum tu, selalunya kita tak sedar yg orang tu diserang strok. Keluarga aku, ramai yang kena strok. Atok, nenek, makcik, pakcik dan mak mertua. Ada yang terus pergi...  ada yang merana sampai ke mati....
Kekadang kena serang tu tengah solat, tengah makan, tengah buat kerja.... macam-macam keadaan. Kalau kena serang je, oarang yg ada di situ boleh tolong denga suruh 3 perkara ni untuk confimkan itu strok atau penyakit lain. Cepat kita bertindak, insya Allah boleh kita selamatkan dia sebelum its getting worst atau sebelum pergi terus....
3 perkara tu ialah ingat huruf S,T,R
S : smile, suruh mangsa tu senyum
T: talk, suruh mangsa tu bercakap ayat yg simple je
R: raise both arms..suruh mangsa angkat tangan dua2 belah

kalau  tak boleh buat semua tu...hantarlah cepat2 ke hospital...jangan tangguh lagi! Insya Allah mangsa masih boleh diselamatkan.....

Monday, October 3, 2011

Qurban

Hari raya haji dah tak lama lagi akan tiba. Bila bulan syawal habis, open house hari raya tamat, khenduri doa selamat untuk orang yang hendak mengerjakan haji pun  bermula. Ramai kekawan dan saudara mara yang dapat mengerjakan haji pada tahun ni. Alhamdulillah moga mereka semua akan di kurniakan denga haji yang mabrur.... insya Allah.
Bagi kita yang tidak dapat ke Mekah, bolehlah kita memeriahkan aidil adha dengan mengerjakan qurban. Ada orang mengambil ringan je bab qurban ni kerana hukum nya sunat ( sunat muakad).  Qurban adalah sunat yang digalakkan dan amat di sukai olih Allah. Sebagai hambanya yang taat , sepatutnya kita mengutamakan amalan yang di sukai Allah.
Bukan untuk bermegah-megah, tapi hati kecil ini selalu rasa terkilan bila ada di antara kita yang bila diajak untuk share buat qurban akan kata :'alah sunat je tu... duit nak guna kat lain lah...' Pada hal 1 bahagian qurban paling mahal pun rm 400 je. Kalau kita betul berniat mahu melakukan qurban pada setiap tahun, apasalahnya jika ketepikan rm 40 je sebulan... 10 bulan dah boleh terkumpul rm 400 dan seterunya boleh melakukan qurban. Orang kata, hendak seribu daya.....
Sedihnya...bagi orang yang hanya cukup makan pakai atau kais pagi makan pagi, takpelah kata takde duit, tapi bagi yang biasa2 nih? Rumah ada, kereta 2, 3 biji.... tapi bila bab qurban ni, ambil mudah saja....
Rasanya di negara ini ibadah qurban ini tidak di beri penekanan yang sewajarnya,dan masih ramai yg keliru tentang qurban. Sepatutnya kita semua sedar yang Qurban ini dapat membersihkan dosa-dosa kita semua. Dosa kita , sentiasa bertambah tanpa kita sedari, dosa, hati, dosa, mata, dosa lidah, dosa tangan, dan sebagainya...itu yg perlu dibersihkan pada setiap tahun, agar tidak melambak dan menimbun menjadi gunung!Satu keluarga cukup lah dengan 1 qurban sahaja...moga kita semua berada dalam keadaan suci bersih dari segala dosa bila kita pergi menghadapNya..... insya Allah.