keluargaku

keluargaku

Wednesday, January 26, 2011

Al Waajid

Ya Allah Ya Waajid
Tuhan yang Maha Menemukan
Tiada tempat di dunia ini yang terlindung dari Mu
Engkau tetap menemukan kami
Kerana Engkau menyayangi dan mengasihani kami
Berikanlah kami peringatan
ketika Engkau mendapati kami lalai
Tunjukkan kami jalan kemudahan
ketika Engkau dapati kami tersilap melangkah ke lorong kesukaran
Tunjukkan kami jalan kebenaran
ketika Engkau mendapati kami tersilap melangkah ke lorong kebatilan
Kami bersandar kepada Mu ya Allah ya Waajid
yang sentiasa prihatin dengan situasi yang kami lalui
dalam odyssey kehidupan di alam ini


petikan dari MIDI

Sunday, January 16, 2011

Berleter


Berleter selalunya dikaitkan dengan orang perempuan. Semakin tua sorang perempuan tu, makin suka dia berleter.... betul ke tu? Pada aku, orang lelaki pun ada yang suka berleter, tapi tak ramai. Samada dia orang tak ambik kesah atau pun dia memang jenis penyenyap.
Aku sendiripun bukanlah seorang yang suka berleter tak tentu hala, kalau aku rasa dah tak tahan sangat baru aku berleter, tetapi selalunya , baru aku nak mula berleter , aku dah kena 'potong'..... Jadi selalunya leteran aku tu tak sempat nak panjang..... hehehehe
Entah kenapa pagi ni aku rasa macam nak berleter, tapi masalahnya dah takde orang di rumah yang nak dengar leteran aku! Wahai pokok....dengarlah leteran aku ni ye!!!!

Wednesday, January 5, 2011

Mencongak Sejenak

Lahir pada 1961
Hidup bersama emak ayah sebumbung sampai usia 5 tahun.
Lepas tu duduk dengan tok, sampai darjah 6.
Naik tingkatan 1 mula tinggal di asrama SMSJohor, Kluang...hingga habis form 6 pada 1980
Lepas form 6, masuk Maktab Perguruan MPPM, Melaka selama 3 tahun.
Belum dapat posting lagi, dah kahwin pulak....tinggal dengan suami....sampai sekarang ni!
So...bila congak-congak rupanya aku hidup sebumbung lebih lama dengan suami aku dari orang tua aku!!
Haa???....baru aku perasan, rupanya aku hidup lebih lama dengan orang luar daripada keluarga aku sendiri?
Begitu ke pusingan hidup kita?
Adakah kelak anak-anak kita juga mengalami apa yg kita alami?
Anak-anak kita hanya tinggal sekejap je dengan kita sebelum mereka menghabiskan usia mereka dengan orang lain?
Eh tak boleh jadi ni.... makanya selagi anak-anak ada bersama kita, gunalah masa bersama-sama ini dengan sepenuhnya sebelum mereka mula pergi meninggalkan kita untuk meneruskan kehidupan......

Sunday, January 2, 2011

Adat


anak dara aku ni tolong bawak dulang untuk sepupunya


berkerut muka adik ipar aku ni nak memahami maksud 'lengkap sepersalinan' permintaan dari pihak perempuan ( kalau serba satu org johor, mesti dia demam punya!)


pakwe aku jadi jurucakap, siap buka tepak untuk pembuka bicara! ceh, ceh, ceh..... ( nasib baik tak kena pantun, kalau kena mesti dia cabut punya!)


25 Dec 2010 lepas, anak saudara lelaki belah pakwe bertunang dengan orang Tapah, Perak. Adik pakwe minta pakwe jadi jurucakap bagi pehaknya....gelabah pakwe aku sebab dia tak berapa tau adat Perak ni. Kalau adat Johor aku expert lah jugak.. yg pakwe aku org Perlis, lain pulak caranya....
So, aku pun pi lah bertanya dengan jiran aku yang memang 'pure Perak' tentang cara-cara dan adat meminang dan perkahwinan di Perak. Menurutnya, kalau orang Perak betul, masa bertunang ni hantarannya adalah dalam bilangan yang banyak, jarang bawah 10 dulang katanya, malah selalunya menjangkau sampai 20 dulang lebih....ternganga mulut aku mendengar nya! Tapi katanya, usah bimbang, yang banyak tu bukanlah barang2 yang mahal, selalunya banyak makanan macam buah ketuah, manisan, coklat dan lain-lain, sebab masa nikah nanti yang wajibnya hanya 3 dulang aje, iaitu bunga pahar, maskahwin dan sirih junjung je ( tapi boleh lah tambah 2, 3 dulang lagi kalau mau...)
So, aku habaqlah kat adik ipar aku...huru hara dia sekejap kerana dia hanya menyediakan 5 dulang aje! Lepas tu dia tak dapat nak cari tepak serih pulak.... aku pi semula jumpa jiran aku, nak pinjam tepak sirih darinya.... sekali lagi aku diajar dengan adat Perak. Dalam tepak sirih , dibahagian bawahnya diletakkan sekampit beras, lebihkurang 1 kg kot. Yang lain macam biasa, cembol diisi dengan kapur, gambir, pinang dan cengkih. Sirih pula disusun dengan 6 susun, 3 kanan, 3 kiri dan setiap 1 susun mengandungi 7 helai daun sirih...lepas tu ada duit pengiring pulak...Rm 10 suku ( 25 sen!) Tu dia!! Memang sesuatu yg baru bagi aku yang buta adat perak nih!
Atlast... bila semua dulang sudah siap di hias dan di isi dengan pelbagai barangan, maka jumlah hantaran dari pihak kami ialah 15 dulang.... dan orang perempuannya pulak membalas dengan 20 dulang! Aku mengurut dada....nasib baik kami tambah dulang , kalau tidak...pakwe aku kata dia tak mau jadi jurucakap, takut malu.....heheheheeheh