keluargaku

keluargaku

Tuesday, December 28, 2010

Mabuk




Bunga-bunga di Faser Hill... besar2 ( geram aku!)


Minggu lepas, adik ipar ajak pi Fraser Hill untuk berkumpul adik beradik sambil siapkan hantaran untuk anaknya bertunang. Kami semua tak pernah sampai Fraser Hill. Dalam kepala aku dok bayangkan lebih kurang macam Gentinglah, cuma dia takde theme park aje.
Pada mulanya aku sekeluarga tak bercadang nak join sebab pakwe aku tu mesyuarat di KL dan petangnya ada kelas untuk master students.Kesian kat dia yang takde rest sebab dah 3 hari bermesyuarat di KL tu siang malam! Bila lepas solat asar, entah macam mana rasa kesian pulak kat yang nak menyiapkan hantaran kat atas bukit tu, sedangkan pada aku ada 3 hantaran yang aku nak beri kat depa iaitu bunga rampai, tepak sirih dan coklat.
Pakwe sampai rumah pukul 6.15 ptg, aku kerah anak2 siap dan kami meluru ke Fraser Hill tepat jam 6.35 ptg! Mak datok! Pakwe bawak kereta laju giler! Aku ingat dekat....rupanya dari Kuala Kubu Baru ke Fraser Hill 40 km lebih! Dan bila aku terpaksa melalui jalan-jalan yg macam ular kena palu tu, lagilah aku menyesal! Udahlah hari dah senja, nak hujan pulak tu.... aku dah mula cuak.....
Pakwe bawak kereta laju kerana nak mengejar waktu gate untuk naik ke atas tu di buka. Kalau lebih dari pukul tujuh dah takde pengawal yg jaga turun naik kereta di Fraser Hill tu, so bahaya sikit bila ada 2 kereta berselisih kerana jalan sempit, di sebelah jalan gaung, sebelah lagi tepi bukit.... Mula aku steady jer, lepas tu bila selekoh jalan dah makin tajam, aku dah mula goyah. Aku rasa macam ada benda yg nak terkeluar dari tekak aku! Aku menutup mulut dgn tangan. Peluh memercik didahi, rasa kepala berdenyut-denyut....aku beritau pakwe di sebelah dan anak2 di belakang aku nak pejamkan mata aku, aku dah tak tahan! Depa gelak sakan kat aku, ada yang mengusik.." mak jgn pejam mata lagi, tanah mak belum wasiatkan kat sesapa" Yang lain menyampuk. " rumah pun!" Sorang lagi menambah, " emas mak bagi kat kami"...ayah depa gelak besar! Bila aku sebut nak pejam mata, depa ingat macam aku dah nak mati dah! Ciss!! Kurang asam betul.....heheheheeh
Aku terus memejamkan mata aku...aku layan percakapan depa dgn kata "hmm. hmm ajer" aku mmg dah tak larat sangat, aku takut kalau aku bukak mulut aku akan termuntah! Dan akhirnya, kami sampai ke Banglo milik UDA hampir jam 8 mlm. Aku keluar dari kereta dgn memaut kuat tangan anak aku...mabuk! Aku rasa masa mengandung dulu pun aku tak seteruk ini mabuk nye!

Monday, December 20, 2010

Merosot

Hari ini entah kenapa terasa macam berada di UK ketika awal musim luruh...mungkin disebabkan cuaca yang suram dan terasa dingin akibat hujan yang lebat dan lama semalam. Aku baru balik dari klinik UPSI, ambil darah untuk check-up rutin setiap enam bulan. Hendak tengok paras kolestrol aku dah turun belum....
Sejak aku pulang dari menziarahi Noreha Bacuk , junior aku masa di SMSJ, yang kini berada di IJN, hati aku jadi tak keruan. Macam-macam rasa datang silih berganti, sedih, sebak.... dan insaf! Begitu mudah kesihatan kita merosot apabila sudah tiba waktunya. Ada yang kemerosotan kesihatan itu datang dengan berdikit-dikit, ada yang kemerosotan kesihatan itu datang secara zapppp! terus menjunam!
Setiap kejadian yang menimpa kita tentu ada hikmahnya yang hanya Allah saja yang tahu tapi aku mohon pada Nya jika dia ingin mengambil aku kembali padaNya, janganlah dibiarkan aku sakit berpanjangan.....

Thursday, December 9, 2010

Kopratasa : Permata Untuk Isteri (HQ Audio)

27 th Anniversary


Diam tak diam pada 8 December 2010 yang baru lepas genaplah 27 tahun kami bergelar sebagai suami isteri.
Pelbagai suka duka telah kami harungi bersama. Sebagai manusia yang serba kekurangan, kami tidak dapat lari dari asam garam kehidupan yang serba mencabar.
Hanya satu yang aku pinta....moga kasih sayang dan jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat.... amin...