Selesai majlis kenduri kawin along, aku baru ada masa nak kisahkan laman rumah. Sejak pindah dari JB dulu, baru inilah aku serious sikit untuk menghias laman rumah. Jika masa di JB aku giler buat collection pokok orkid, di sini, aku hanya buat collection pokok bunga biasa terutama yang ada bau harum.
Sekarang ni , selepas anak-anak dan suami keluar rumah, aku akan mengadap pokok-pokok ni. Rasa sejuk hati, apabila mendengar jatuhan air dari water feature dan menghidu bau-bau bunga yg harum. Pokok bunga kesidang sudah mula mengeluar bunga, begitu juga dengan pokok cempaka...... lupa sekejap segala masalah dan gundah gulana.....
5 comments:
Fati, selain kau tengok pokok bunga, kau pun kena tengok blog dan buat solat sunat banyak2
Aku selalu jengok blog bong, cuma tak komen jer....
Fati, blog aku tak perlu komen, ia hanya tempat aku himpunkan mutiara kata, bila aku terlajak aku akan baca semula untuk muhasabah diri.
Fati..
pokok bunga dah berbunga sulong, tinggal tunggu cucu sulong pulak la..mesti awak excited kan
Belum lagi nampaknya Sal....
Post a Comment