keluargaku

keluargaku

Monday, March 29, 2010

Lepas rindu

martabak singapore

kejap jer dah licin

mak bawak cucu menantu dia round kampung kami,
pantai ni kat je dgn rumah mak


26 Mac...akhirnya aku dapat balik ke Johor. Last sekali aku ke JB masa bertandang along kawin 26 Dec 2009, dan kampong pulak masa balik raya puasa dulu. Tak tau kenapa hati menggamit2 sangat nak balik, nak makan macam-macam, terutamanya kuih lompat tikam, martabak singapore dan mee hoon rebus ikan di Sedili Besar.
Along pun balik sekali, bawa suaminya berkenalan dengan kampung aku....
Dan yang paling seronok, kebetulan ayah yang di Pahang pun balik ke Sedili kerana anak saudara ayah ada buat kenduri kawin di Sedili....apa lagilah...aku heret ayah pi makan mee rebus ikan di Kuala sedili. Ayah kata dah lebih 40 tahun dia tak makan mee tu.... aku makan siap tambah lagi, pakwe aku sampai geleng-geleng kepala, dah lah makan lompat tikam sampai 3 mangkok sekali jalan je! Memang habis terus diet aku......
Sebelum balik ke kampung di Tg Sedili, tidor di JB dulu, kami pekene martabak singapore kat jalan Sg Chat ( dekat dgn EC).

4 comments:

bong said...

Fati, akhirnya kau dapat juga balik kg di Johor.Kan aku dah kata abang rosli tak sampai hati tengok kau mogok.Peehh... martabak singapore sedap, aku kalau nak makan pun kena balik Muar, di Ktn tak ada, yg terkenal di Ktn martabak Mengkasar

fati said...

Bong...aku tak mogok, monyok jer!
Lagi pun pakwe mmg terpaksa pi johor sbb ganti NC utk konvo UTM.

Bar, Sedili mmg damai tapi aku cuma boleh balik kejap2 je.. duduk kat sana, rasanya x boleh, sbb banyak sangat kenangan pahit...

kembara kelana said...

fatie
martabak yang kau kirimkan utk zai..telah selamat dimakan dgn licinnya..nak order lagi..harap kau jadi agen..memang sedap fatie...tak cukup...nanti start bulan 7 setiap minggu aku akan ke TM, singgah rumah kau ambik supply dan jual di temerloh buat dapatkan duit minyak berulang alik...permulaan aku orgder 50 keping....apamacam...business kite fatie...

kg kau dan pantai dibelakang gambar kau tu, menggamit nostalgia aku dirompin...rindu pada lautttt huhuhuhuhuh

fati said...

Betul ke Sop kau nak 50 keping? Aku boleh order kan.... depa jual sekeping RM 3 Sop. Cuma satu jer problem....bila lah aku boleh balik Johor pulak.... nnt aku nak kecek2 pakwe aku ni...