keluargaku

keluargaku

Thursday, October 29, 2009

Hujung Minggu 3

Yes! Pakwe dah balik ke rumah hari ni (29 Okt).... tak lah sunyi sangat . Tapi dia cakap petang esok dia nak balik ke Sg Petani, nak jengok emaknya di sana. Hujung minggu sudah dia tak balik sebab kerja di KL seminggu. So....hujung minggu ni aku ke Sg Petani dengan pakwe ni.
Ein baru habis periksa akhir tahun untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama, tinggal tunggu keputusan je.Ein periksa kali ni aku tak dapat beri tumpuan sepenuhnya.... kalau aku tak duduk sebelah dia, maknanya dia memang tak kan belajar. Aku harap-harap keputusannya nanti tidaklah teruk.
Aku cuma ada 5 hujung minggu saja lagi sebelum majlis perkahwinan along..... ya Allah! Sempurnakan dan lancarkanlah majlis ini....amin!

Thursday, October 22, 2009

Hujung Minggu 2

Hujung minggu ni aku nak ke KL, pi jengok pakwe yg tengah sebok di KL sampai khamis depan. Lagi pun dah buat plan dengan Hafizah, nak pi cari barang untuk buat hantaran along. Nasib baik ada kawan(Ha) nak tolong...alhamdulillah. Kalau tidak bercelaru jugak kepala, mana nak mikir hal hantaran, bilik penganting, catering, khemah, kerusi meja, jemputan..... pakwe tu pulak sebok memanjang, lagi-lagi bila ibunya sakit ni, kesian nak menambahserabutkan kepalanya!
Aku duduk kat Tg Malim ni, baru 3 tahun, jadi kawan-kawan dan jiran yg betul-betul rapat belum lah ada.... takat tegur-tegur gitu-gitu je, jengah bila ada khenduri , kematian dan 'open house' je. Lagi-lagi bagi aku yg tak kerja ni...... Kalau masa di JB dulu, selain saudara mara belah aku, kawan-kawan masa sama mengajar dulu masih ada, ada yg betul-betul rapat, tak segan nak minta bantuan. Selain itu isteri-isteri kawan-kawan pakwe pun ok jugak, lebih-lebih lagi yg sama-sama masa ke UK dulu bila pakwe buat PhD, kami rapat di sana, hingga bila balik di Malysia (JB). Selalu buat gathering, jadi tak segan silu kalau ada masalah , buat tempat mengadu dan minta bantuan. Tapi bila pindah ke sini...terasa diri keseorangan....

Sunday, October 18, 2009

Hujung Minggu

Hari Jumaat tengahari, aku dapat panggilan daripada bakal besan yang memberitahu akan ke rumah kami pada pagi Sabtu untuk membincangkan beberapa perkara tentang perkahwinan anak kami berdua. Malamnya, adik aku sekeluarga sampai dari Johor, beraya ( deepavali?) di rumah kami....
Jadi sepagi hari Sabtu itu hingga ke zohor, aku sebuk melayan bakal besan ni. Adikku pulak baru pulang ke Johor malam tadi (Ahad). Kebetulan di Perak ni tengah musim durian, apalagi..... suamiku membeli beberapa biji durian untuk menjamu mereka. Dan klimaksnya bila suamiku meminta bakal menantunya mengopik durian......
Orang muda sekarang memang tak berapa cekap dalam bermain dengan kapak dan parang ( termasuk anak lelaki ku sendiri). Zaman telah berubah, semuanya semakin mudah, durian boleh dibeli tanpa perlu mengopik kulitnya di pasaraya, jadi skill untuk mengopik durian sudah tidak diperlukan lagi..... jadi terpaksalah 'lelaki melayu terakhir' menyudahkan kerja-kerja mengopik buah durian......

Monday, October 12, 2009

Sedih

Lumrah alam, gembira lawannya sedih. Setelah puas bergembira dan berseronok, Allah uji kita dengan kesedihan pulak...dan bagaimana kita menguruskan kesedihan itu.
Mulanya apa punca kesedihan..... sakit pening, ajal maut, perpisahan, fitnah, hasad dengki, buruk sangka? Semuanya perlu di urus dengan cara yang berlainan.
Minggu ni menyaksikan betapa kami sekeluarga diuji...... aku memohon agar Allah memberi kami kekuatan untuk melalui semua ujian ini serta petunjuk dan hidayah bagaimana untuk melalui ujian sebegini dengan jaya tanpa ada hati yang terluka.....
Tapi ada satu yang aku akan pastikan..... aku tidak akan jadi lilin.......

Friday, October 2, 2009

Kuih Raya

kuih biskut cornflake madu
biskut mama carrie
( yang ni satu rumah suka!)

Bila hari raya kita takkan boleh tinggalkan kuih raya, baik yang moden ataupun yang tradisional. Masa kita kecik-kecik dulu, kuih-kuih raya ni kita hanya jumpa masa hari raya saja, macam kuih tat, kuih samprit, kuih bangkit dan beberapa jenis lagi. Tapi sekarang ni, kita boleh dapati kuih raya walaupun bukan pada musim raya, yang dijual dimerata pasaraya seperti kuih bangkit, bahulu, biskut kacang mazola, kuih suji dll.
Sekarang ni dah ada pelbagai jenis kuih raya, naik berpinar mata bila melihatnya, rambang mata tak tahu nak memilih, nampak semuanya sedap. Tapi dalam banyak-banyak kuihraya tu yang jadi kegemaran kami anak beranak hanyalah ada beberapa jenis saja, terutamnya suami aku ni. Aku selalu menggelarnya dengan panggilan 'lelaki melayu terakhir' kerana seleranya hanya pada kuih-kuih tradisional saja, terutamanya kuih bahulu ( itupun jika bahulu itu dibuat dari telur ayam kampung saja), kuih karas, kuih putu beras dan beberapa jenis kuih lama sebelah utara. Kuih moden ni dia tak pandang sebelah mata pun. Kekadang rasa sedih jugak, aku buat kuih raya penat-penat, dia tak jamah sikit pun!
Tapi tahun ni berlainan sikit, anak-anak aku minta aku buatkan biskut 'cornflake madu'. Bila anak-anak aku pakat giler makan biskut tu, aku tengok dia pun ambiklah satu....tut, tut lepas tu, dia yg dok bawa pelari balang biskut cornflake tu...... hari ni aku kena pi beli lagi cornflake dan butter...sebab biskut tu dah tinggal buntut balang aje!