keluargaku

keluargaku

Saturday, September 26, 2009

Satu Hari Di Hari Raya

dengan pakwe

dengan sepupu
double "Pati"
dengan maksaudara
di rumah tok saudara
dengan pakteh ( abang ayah)
dirumah mak saudara
bersama ayah dan adik-adik serta abang di Pahang
keluarga aku dengan ayah dan makNe
Bersama emak di Johor..


Satu hari di hari raya
kulihat wajah suci ibuku
kulihat wajah kasih ayahku
kugembira......

Begitu kena sekali lirik itu dengan raya tahun ni. Seronok sungguh aku beraya tahun ni setelah beberapa tahun tidak meraikan raya pertama di Johor. Sambil beraya aku menjemput saudara-maraku yang sempat aku ziarahi untuk menghadiri majlis perkahwinan along di bulan dec nanti.

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya


semua insan sedang gembira
di hari ini di sayang
hari yang mulia
marilah bersama
berhari raya
hilangkan duka
lupakan saja kisah yg lalu
gantikan cerita baru
agar hati mu waspada selalu
jangan kau kesalkan
jangan engkau tangiskan....


bait-bait lagu hariraya yang dinyanyikan oleh Sanisah Huri, yang sentiasa akan membuat air mata aku tergenang walau dimana saja aku meraikan hari raya....
Jadi sekali lagi aku, Fatimah Hashim dan keluarga ingin menyusun jari sepuluh sempena hari Lebaran yang akan menjelma tidak beberapa hari lagi, memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap, yang sengaja atau tidak di sengajakan, dari segi perbuatan atau perkataan atau tulisan sepanjang aku berblog ini... moga Hari Raya Aidil Fitri ini bukan raya yang terakhir buat kita....
Jom kita balik kampung.....
Jemput singgah ke rumah jika lalu highway Utara Selatan...

Tuesday, September 8, 2009

Baju Raya

Selalunya kalau tiba hari raya kita sebok cari baju raya. Ada keluarga yg tak kesahkan tema warna tertentu untuk keluarga depa. Anak-anak aku suka kalau baju raya kami sekeluarga sama warnanya...tak kiralah kalau corak atau patternnya berbeza, tapi basic colournya mesti sama. Tahun ni depa nak tema kuning..... jenuhlah kami mencari baju kuning ni.Yang anak-anak perempuan dah dapat warna kuning buah mangga, aku, wan dan ayah depa warna kuning jagung. Yang dok sebok sangat pasal tema-tema ni anak aku yg no 2. Kesian kat ayah dia...ayah dia tak gemar lah pulak warna kuning ni. Jenuh kami memujuk....last-last dapatlah baju melayu warna kuning jagung tu, bila dia try 2 malam sudah, anak aku yg no 2 ni dengan selamba kata " macam digi man". Aku gelak sampai terbit air mata.... senak perut aku, nak gelak kuat-kuat takut ayah dia tak nak pakai terus pulak nanti.....Tapi bila aku sarungkan kain samping yang sesuai, nampaklah segaknya....., ropa macam tuanku lah pulak....hehehehe

Thursday, September 3, 2009

Solat Tarawikh

Jumaat 4 Sept bersamaan 14 Ramadhan...hai ...dah 14 hari rupanya kita berpuasa. Rasa macam baru saja kita berpuasa..... amal ibadat pun macam belum masuk gear 5 je... tak boleh jadi ni!
Aku rasa aku mula puasa masa aku berumur 6 tahun, duduk dgn tok ayah yg strick, mesti kene bangun sahur dan puasa. Bila masuk SMSJ , start solat tarawikh berjemaah ...seronok! Bila masuk MPPM pun aku tak miss pi solat tarawikh berjemaah , cuma masa tahun 2 , kena duduk rumah sewa kat luar maktab, aku malas nak ke surau untuk bertarawikh sbb surau jauh, so buat sendirian di rumah sewa. Tahun 3 masuk balik duduk dalam ( asrama baru) dapat solat tarawikh berjemaah semula bila masuk bulan puasa.
Bila kawin...aku solat tarawih kat rumah aje sebab kebetulan tiap kali aku ngandung mesti lalui bulan ramadhan ni, cuma samada awal mengandung atau tengah sarat nak bersalin. Kalau tengah awal mengandung aku mabuk teruk ( kelima-lima anak gitu)...kalau tengah sarat ( masa ngandungkan Ana , Wan dan Iqah) aku tak larat nak berdiri lama-lama, so buat kat rumah lebih selesa sambil relax-relax , makan sikit, minum sikit, duduk kejap, sulam dgn tadarus.....
Di samping tu aku juga mula latih anak-anak aku ikut sama bertarawikh se awal usia 5 tahun. Aku jadi imam..... ayah depa pi surau atau masjid. Aku mau anak-anak aku buat macam aku, tak kan tinggalkan solat tarawikh setiap kali tiba bulan ramadhan.
Di samping bertarawikh aku juga mahu anak-anak aku boleh hafal surah-surah lazim tu...., sekarang ni aku tengok along pun dah boleh imamkan solat tarawikh ( ganti aku). Anak lelaki, aku hambat dia pi solat tarawikh di surau dgn ayahnya, tapi anak-anak perempuan aku lebih suka mereka bersolat tarawikh berjemaah di rumah saja. Moga didikan aku dapat keredhaan Allah..... Amin.