Sibuk melayan saudara mara makan tengahari.
Menu masakan kampung, ikan keli goreng berlada, kerabu pucuk paku, dalca, ayam percik, ikan masin goreng, sambal belacan
puteri sulung ku
Aku berasa seperti baru sudah melakukan saie saja, letihnya bukan main, tapi hati rasa lega kerana majlis merisik dan bertunang along berjalan lancar, Alhamdulillah. Insya Allah jika tiada aral melintang, majlis perkahwinan along akan di adakan sekitar Disember nanti. Tarikh tepatnya masih belum dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada cuti along. Jadi rasanya jika tidak menjadi halangan aku akan menjemput saudara mara, rakan dan taulan yang aku kenali, baik yang lama atau yang baru termasuklah rakan-rakan smsj kita....insya Allah, doakan agar dimurahkan rezeki kami, agar majlis along nanti boleh di jadikan MG kita juga.
8 comments:
Pati,patutlah tak update blog awak. Sibuk rupanya. Awak memang ada sebut tarikh ni, tapi kepala saya tak 'register'. Lembablah.
Anyway, Alhamdulillah,selamt semuanya. Cantiknye Along!!
Awak akan berbesan dgn org mana?
Orang Pontian Johor Ha.....sbb tu pati kena hiris bunga rampai gak....heheheh
maka along yang kau jaga selama ini servis akan bertukar tangan sebaik saja ibaj kabul sah oleh saksi fatie, apakah nasib along yang kau tatang selama ini baik seperti nasib kau fatie, adakah suaminya penyayang macam abang rosli? bagaimana mereka menangani masalah rumahtangga mereka? keduanya kerja, macamana dengan urusan asuhan cucu kau fatie.. along juga kena balik dua tempat lepas tu, rumah kau dan rumah mertuanya...kau juga akan secara perlahan lahan ditinggalkan fatie..slow slow..dan sorang sorang akan pergi tinggalkan kau fatie...akhirnya kau berdua dengan abang rosli...adakah kita dapat melihat semua anak kita berumah tangga fatie? kau juga tak dapat bermanja bergurau macam selalu ketika along belum bersuami...kau kena limitasi, kau dah kena control tingkahlaku masa menantu datang rumah....sesungguhnya kau akan mulakan hidup baru fatie...pengalaman yang aku tak dapat nak bayangkan lagi...janganlah sedih..tabahkan hati
Kau Sop....saja buat aku sayu tau, macam kau boleh baca aje hati aku hehehe....
psiko fatie psiko...tu lumrah lah tu..lagi cepat kau kawin kan anak lagi lengang rumah kau...bila dah tak ada maka boleh main kejo kejo dgn yop spinter tu...hahahha
Satu hari kalau tak ketawa dek komen sedara kita yg sorang ni Ti, tak sah. Ada aje citer-citer lawak dia. Sajelah dia nak provok awak. Baik2 Pati ok, nanti berat hati nak terima menantu.
Kalau fikir positif, angap aje kita nak dapat anak sorang lagi. Kalau tak kawin pun anak2 dah keje belum tau ada masa nak lawat kita.Ada rezeki dapat cucu cute macam Pati, kuat lari macam atok dia.
Dapat org Johor, bagus juga. Biasalah makan asam pedas,botok2 tempe dsb. Macam awak dulu, asyik pekena kari ka?
abg rosli urut janggut nunggu rumah lenggang tie...hahahaha mana kau nak nyorok
Haah la Ha, semua kari, ikan kari, ayam kari, daging kari, ikan masin kari, udang kari tapi semua kari style utara punya, sekali pati ajar makan asam pedas ikan pari pekat, setiap kali beli pari suruh masak asam pedas pekat tu, habis mak mentua dan adik ipar pun suka....
Sop, janggut dia tu aku yg suruh dia simpan, masa nikah dulu togel je, lepas nikah terus aku suruh dia simpan, sampai sekarang, cuma dia selalu pi trim sebab tu kontot, kalau kontot sangat aku sound, sbb kalau dia buang janggut nampak muda pulak...mana boleh kan....hehehe
Post a Comment