Alhamdulillah...aku sudah selamat berada di bumi Malaysia kembali.
Namun hati aku begitu berat ketika meninggalkan Mekah, seakan mau berpatah balik selepas tawaf wida', terasa sayu yang amat ketika bas bergerak meninggalkan tanah haram Mekah. Aku mohon padaNya, agar dijemput kami lagi menziarahi rumah Nya yang mulia itu.....
Maaf, jika dalam seminggu dua ni aku tidak aktif sangat berblog, kurang sihat sikit ( sejak menjejakan kaki ke bumi Malaysia), dan kesibukan mengurus urusan keluarga pula ( anak sulung mahu dirisik orang minggu depan).
Nanti bila sudah punya kelapangan masa, akan aku entri foto-foto ketika di tanah suci Mekah dan Madinah.
5 comments:
alhamdulillah! selamat kembali....kau mohon cepat dapat cucu ke masa kat sana? alih2 dah nak kena risik anak dara kau tu....
Min, tak pula aku mohon dpt cucu cepat, tapi mohon anak-anak aku dikurniakan jodoh yg baik yg soleh gitu....tup, tup orang dah nak dtg, terpaksalah terima. Rasa macam belum puas lagi bermanja dgn anak-anak ni, dah nak jadi hak orang lain pulak....
Pati, Alhamdulillah, awak dah selamat kembali. Rindu juga tak baca comment awak dalam blog.
Excitingnye, dah nak terima lamaran anak sulong tu. Betullah kata awak. Kadang2 rasa masa dia org lahir tu masih segar diingatan, tup2 dah nak kena pinang!!
Itulah lumrah kehidupan. Barulah kita tahu perasaan ibu2 kita dulu.
tahniah fatie...
Macam teman-teman yang lain, saya pun begitu juga, rindu dengan tulisan-tulisan Fati walaupun hanya sesekali menjengah. Tahniah, dah nak dapat besan ye, pada cik abe awak tu, next year bertambah lah wishes during fathers day. Apa pun, jangan lupa kat kami bila sampai waktu.
Post a Comment